Wednesday, June 06, 2007

P. Ramlee - Bapa Bahasa Melayu Moderen Surrealistik

Dalam filem Ibu Mertuaku Kassim dan ibu mertuanya, masing-masing menggunakan gantinama aku dan engkau apabila bercakap sesama mereka berdua. Dalam realiti dunia material, tidak ada orang Melayu yang bercakap menggunakan bahasa sebagaimana yang digunakan oleh Kassim dan ibu mertuaya itu, sebagaimana tidak pernah ada lelaki yang membutakan dirinya sendiri menggunakan garfu. Dalam dunia mental Ibu Mertuaku, P. Ramlee mencipta fenomena linguistik surreal di mana seorang anak menantu yang elok karekternya, dalam keadaan mentalnya waras, tetapi bercakap kepada ibu mertuanya menggunakan gantinama aku dan engkau. Menonton Ibu Mertuaku bukan menonton dunia real, melainkan menonton dunia surreal. Dunia surreal adalah dunia mental. Realiti surreal adalah realiti ciptaan yang hanya wujud dalam minda manusia. .

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Bahasa
(11) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: PTS akan Fokus Pada Novel Cinta Teruna-Dara Suci Previous entry: Bahasa Melayu Sur-Realistik
embun  on  06/06  at  07:35 AM

Pn. Ainon,

Maafkan saya menyampuk di pagi hari.

Suami saya orang Kerinci. Dia membahasakan dirinya ‘aku’ tetapi tetap memanggil ibunya ‘emak’ dalam perbualan mereka. Adakah ini termasuk dalam dunia surreal seperti yang puan maksudkan? Terima kasih.

Puan Embun,

Bukan hanya orang Kerinci yang menggunakan ‘aku’ apabila bercakap dengan ibu mereka. Orang Jawa, orang Sabah, orang Sarawak menggunakan ‘aku’.

Dunia surreal adalah dunia seni ekspresif. Ia bukan dunia sebenar. Dunia surreal hanya wujud dalam karya seni.
——-

Saifuddin  on  06/06  at  10:07 AM

Penjelasan Puan seperti dalam filem The Matrix pula. Kalau boleh puan jelaskan, “Apa itu real?” Adakah soalan ini terlalu falsafah? smile

Ya,ya… terlalu falsafah!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/06  at  12:12 PM

Untung selalu singgah di blog ini.

Apa pun, saya sendiri membahasakan diri sebagai: saya.
Walaupun ‘aku , perkataan yang masih diterima di Sabah;
(yang digunakan oleh beberapa etnik yang lain), untuk lebih hormat pada orang: ‘saya’ akan lebih berbudi bahasa.

Saya kena beli CD ibu mertuaku untuk telaah yang dimaksud sifu. Belajar guna gambar mungkin lebih cepat faham.

Awas! ini adalah idea. (Membaca melalui filem!)

Ya, awas! Mari baca filem-filem P. Ramlee… bukan tengok sahaja!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/06  at  02:23 PM

Puan Ainon,

Suatu post blog yang membuatkan saya berfikir mengenai dunia sur-real.

Tapi saya ingin menambah berkenaan penggunaan “Bahasa Melayu” dalam tajuk post ini. Timbalan Perdana Menteri sudah mengumumkan nama Bahasa Melayu telah ditukarkan kepada Bahasa Malaysia.

Oleh itu sama-samalah kita mengikut hasrat kerajaan untuk memashyurkan Bahasa Malaysia.

Hidup Bahasa Melayu! (Saya ini Jawa, tapi saya akan pertahankan Bahasa Melayu dengan darah, nanah dan air mata!)

afyan  on  06/06  at  02:50 PM

Ibu Mertuaku versi 2007 boleh dilihat di sini smile

http://afyan.com/ver1/?p=31

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/06  at  03:50 PM

Hi afyan,

Bolehkah perkataan jerkah, getus hatinya dan rintih itu ditukar? Emosi tidak sampai untuk menghayatinya. Filem lebih baik.

Walau apa pun, hiraukan sahaja kritikan ini sebab pengkritiknya belum ikut kursus PTS.

Fable Fox  on  06/06  at  05:50 PM

Saya hanya boleh pertahankan Bahasa Melayu dengan peluh, airmata dan darah sahaja. Tidak berbisul buat masa ini untuk mempunyai nanah grin

Bahasa Malaysia = Melayu, Tamil, Cina Hokkien/Hakka/Kantonis dsb.
Lebih lanjut di blog saya.

Rakyat Malaysia generasi kini jangan lagi tertipu dengan para bahlul yang bertindak tanpa sandaran ilmu.

Agnes Tan  on  06/07  at  02:09 AM

Ah… Saya rindu filem Tan Sri P. Ramlee.

Bahasa yang digunakan memang romantik, sedih, menggelikan hati dan senang hati didengar.

Sekarang, kenapalah pelakon dan orang kenamaan suka guna Bahasa Inggeris “I” dan “you” apabila bercakap Bahasa Kebangsaan?
Sakit telinga. :-(

embun  on  06/07  at  08:04 AM

Pn. Ainon,
Terima kasih di atas penjelasan yang diberikan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/26  at  10:10 AM

Bagaimanakah pandangan Puan mengenai pilihan di versi bahasa yang digunakan oleh Blogger menggunakan Bahasa Malaysia bukan Bahasa Melayu merujuk kepada warga tanah air?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: