Friday, February 16, 2007

pada & kepada

pada = sendi tempat
kepada = sendi arah


Lukisan pada dinding gua itu... (BETUL)
Lukisan kepada dinding gua it... (SALAH)

Puisi itu ditujukan kepada kekasihnya. (BETUL)
Puisi itu ditujukan pada kekasihnya. (SALAH)

Cintaku padamu. (SALAH)
Cintaku kepadamu. (BETUL)

Aku cinta padamu. (SALAH)
Aku cinta kepadamu. (BETUL)

Rinduku padamu. (SALAH)
Rinduku kepadamu. (BETUL)

Aku rindu padamu. (SALAH)
Aku rindu kepadamu. (BETUL)

Aku percaya padamu. (SALAH)
Aku percaya kepadamu. (BETUL)

Aku percaya pada Tuhan. (SALAH)
Aku percaya kepada Tuhan. (BETUL)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Tatabahasa & Ejaan
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Bahasa Buku Kanak-kanak dan Remaja Awal Previous entry: Motivasi Penulis: Apa itu 'external locus'
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/16  at  04:58 AM

Puan,
Mana yang betul:
1. Pada pendapat saya ATAU
2. Kepada pendapat saya ATAU
3. Bagi pendapat saya
????

Ok, saya tunggu jawapan puan. Tunjuk ajar puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Ma’asalam.
——-

Amiene Rev  on  02/16  at  07:50 AM

Pada pendapat

Kepada saya

Pada pendapat kepada saya

Pada pendapat saya

Pada pendapat saya, ‘pada pendapat saya’ itulah ayat yang betul.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/17  at  02:26 AM

Bagaimana pula dengan penggunaan perkataan BAGI dan UNTUK?

Contoh :

Penulisan buku kanak-kanak perlu menggunakan perkataan baru untuk memperkayakan perbendaharaan dan juga bagi menambah ilmu.

Terima kasih.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.