Pahit Getir Dunia Karya Komik Tempatan
Beginilah keadaan sesetengah rak dalam kedai-kedai buku utama yang mempamerkan komik-komik dalam Bahasa Melayu.
Komik-komik terjemahan dari luar negara, terutamanya dari Hong Kong, Jepun dan Korea diletakkan di tingkat atas, manakala Komik-M terbitan PTS diletakkan di tingkat lantai.
Keadaan negatif ini bukan berlaku di semua kedai buku.
Di sesetengah kedai buku, Komik-M terbitan PTS disusun di rak yang dikhaskan untuk buku-buku PTS.
Dalam foto ini, Komik-M diletakkan di rak yang dikhaskan untuk semua jenis komik Melayu.
Kepada peminat-peminat Komik-M, mereka dapat membantu dengan cara begini: Apabila melihat keadaan seperti dalam foto, ambil Komik-M dan letakkan di rak atas supaya orang nampak dan membelinya.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Di Kedai Buku Ash-Shafie (berdekatan Bank Rakyat Gua Musang), Komik-M diletakkan di sebuah rak khas (sebelah pintu kedai). Sesiapa yang masuk keluar pasti akan terpandang Komik-M.
Post a comment