Pak Latip Sedang Tulis Novel Apa
Nampaknya inilah wajah novelis sejarah yang paling ngetop sekarang. Semua 4 novel siri sejarah pahlawan Islam beliau diulangcetak dalam tempoh kurang setahun dalam pasaran dan sudah dilesen oleh Jakarta bagi diterbitkan untuk pasaran Indonesia.
Ini pencapaian luar biasa bagi novel-novel sejarah di bumi Malaysia yang tercinta ini.
Kita yakin 2 novel sejarah beliau dalam siri sejarah Tanah Melayu (a) Si Bongkok Tanjung Puteri dan (b) Setelah Roboh Kota Melaka akan mengulangi kejayaan siri pahlawan Islam.
Saat ini novelis ini sedang bertungkus lumus menyelesaikan 2 novel serentak: (a) Sultan Muhammad al-Fateh dan (b) Robohnya Kota Bagdad.
Rasanya, 20 tahun lagi pun belum tentu akan muncul mana-mana novelis sejarah yang dapat menandingi prestasi tokoh ini. Kita meramalkan, beliau bakal memakai mahkota novelis sejarah paling penting dalam dunia sastera Melayu.
Ya Allah, Tuhan yang dalam tanganmu nyawa kami semua berada! Kami bermohon panjangkanlah usia sasterawan ini, dan berikanlah dia kesihatan yang baik, moga-moga beliau dapat menghasilkan lebih banyak karya sastera yang Engkau redhai dan disukai pula oleh anak bangsanya.
Ya Allah, Tuhan yang maha memberi rezeki dan kekayaan kepada hamba-hambamu! Bukakanlah hati-hati mereka yang memilih teks sastera sekolah supaya memilih karya sasterawan ini untuk teks KOMSAS.
Amin, ya Allah!
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Alhamdulillah,
Sultan Muhamad al Fateh sudah selesai penulisannya. Jatuhnya Kota Baghdad sedang diusahakan.
Azam saya tahun 2008 nanti 4 buah lagi novel sejarah Islam hasil penulisan saya diterbitkan oleh PTS.
Ya Allah, makbulkan doa-doa hambaMU ini. Amin.
Amin. Perkenankan wahai Allah doa hambaMu ini.
Tahniah kepada Pak Latip! Sudi-sudikan menyebar ilmu penulisan seperti itu kepada penulis lain.
Tahniah juga Puan Ainon yang telah melorongkan peluang!
Assaaalamualaikum Pak Latip,
Tahniah buat abang Latip & PTS. Teruskan perjuangan. Saya menyokong. Saat ini saya sedang baca novel Si Bongkok. Nanti saya akan buat ulasan.
Saudara Mya Marja,
Saya pun masih perlu belajar. Tetapi boleh jugalah kita sama-sama bertukar-tukar fikiran dan pengalaman. Esok saya dijemput memberi ceramah di sebuah sekolah di Jelebu untuk pelajar yang baru selesai UPSR. Rasa gemuruh juga hehe.
Saudara Web Sutera,
Alaikumussalam,
Terima kasih atas sokongan. Terima kasih kerana sudi membaca novel Si Bongkok Tanjung Puteri. Sudi-sudilah membuat ulasan.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan batin.
Assalamualaikum abang Latip & PTS,
Saya sudah masukkan entri ulasan mengenai novel Si Bongkok Tanjung Puteri. Silalah baca.
Web Sutera,
Alaikumussalam. Abang sudah baca ulasan itu. Terima kasih si daun keladi. Kalau boleh ulaslah lagi..hehe.
Tahniah Pak Latip, semoga terus menulis…
Post a comment