Pakatan Bijak dalam Program Mentor-Mentee SifuPTS
Istilah "pakatan bijak" ini dipinjam daripada Tuan Rastom.
Masuklah program mentor-mentee SifuPTS. Banyak manfaatnya kepada kedua-dua belah pihak, baik mentor mahupun mentee.
Semua bengkel dan kursus yang saudara ikuti diberi PERCUMA! Bukan itu sahaja, saudara tidak dikehendaki menandatangani kontrak tidak boleh menulis untuk penerbit lain. Kalau selepas kursus saudara hendak menulis untuk penerbit lain, boleh, tidak ada sekatan.
Bagi pihak PTS, melalui program mentor-mentee ini, kita mendapat manuskrip yang betul-betul macam yang dimahukan oleh PTS sebab dalam program ini mentee-mentee dilatih menulis buku yang mudah diedit dan dipasarkan. Jadi tidak timbul masalah beban editing yang berat ataupun buku tidak laku dijual. Kualiti juga lebih terjamin.
Bagi pihak mentee, apa yang ditulis sudah tentu (dengan izin Allah) diterbitkan oleh PTS. Tidak timbul isu buku sudah siap saudara tulis tetapi tidak diterima oleh penerbit.
Macam ini punya baik program, jangan saudara lepaskan!
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan Sri Sifu….
Macam ini punya baik program, jangan saudara lepaskan!....baik punya cilok!!
——-
Macam ini punya baik program, jangan saudara lepaskan!….baik punya cilok!!...haha.. pakatan baik juga ni..
oh begitu, kalau begitulah hendaknya, tiada sekatan dalam pengeluaran idea dari penulis untuk PTS.
tumpang bertanya. Bagaimanakah caranya untuk menyertai program mentor mentee PTS ni?
Post a comment