Wednesday, May 20, 2009

Pakatan Rakyat Mahu Semua Top Scorers Diberi Biasiswa

Baca di sini.

Foto disalin dari Malaysiakini.

 

 

 

 

 

 

Dalam Islam, ganjaran diberikan kepada daya usaha (effort). Semakin banyak dan semakin berat daya usaha yang dijalankan, semakin besar ganjaran yang diberikan.

Dalam Islam, ganjaran tidak diberikan kepada hasil (outcome). Meskipun hasilnya gagal, Islam tetap memberikan ganjaran ke atas daya usaha yang telah menghasilkan kegagalan itu.

Al-Quran mengatakan: Kamu mendapat apa yang kamu usahakan - Itulah Islam. Orang yang mati (baca, 'kalah' atau 'gagal') dalam perang membela agama diberi sebesar-besar ganjaran, yakni terus masuk syurga.

Begitulah prinsip pemberian ganjaran dalam sistem Islam.

Markah A, B, C, D, E, dan F adalah hasil (outcome). Hasil tidak semestinya berkorelasi dengan daya usaha (effort).

Banyak hasil penyelidikan yang mendapati bahawa score akademik di sekolah sangat dipengaruhi oleh status ekonomi dan persekitaran tempat tinggal pelajar.

Dapatan demi dapatan menunjukkan anak-anak kelas menengah di bandar-bandar besar sentiasa menunjukkan prestasi akademik yang lebih baik daripada anak-anak kelas rendah dan kelas petani.

Score akademik tidak menggambarkan effort. Siapakah yang lebih banyak effortnya bagi mendapatkan 1 A -- anak jurutera yang tinggal di Lembah Kelang ataupun anak nelayan sungai di Ulu Kinabatangan. 

Memberikan ganjaran berdasarkan score adalah suatu prinsip yang zalim.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Akan Terbit Previous entry: GMP Lancarkan Kempen Satu Juta Poskad
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/20  at  11:14 AM

Ini bermaksud Pakatan Rakyat Mahu Semua Top Scorers Diberi Biasiswa sesuatu yang mesti dikaji semula. Jika demikian scorers menengah atas akan lebih beruntung jika mengikut analisa puan.

Husaini Ibrahim  on  05/20  at  12:59 PM

Bagaimana kalau scorer daripada Nelayan Kelantan?Tidakkah kecemerlangan dalam SPMnya membantu ia mengubah nasih hidupnya melalui ganjaran-ganjaran yang diperoleh hasil scorenya

hazel  on  05/20  at  03:38 PM

Puan,

Saya bersetuju dengan pendapat puan. Ia ibarat seorang suami yang berpoligami di mana isteri pertama lebih ramai anak berbanding isteri kedua. Adakah adil jika RM 500 diberikan kepada isteri pertama yang memiliki 5 orang anak berbanding nilai yang sama - RM 500 diberikan kepada isteri kedua yang baru memiliki seorang anak?
Tentu sekali tidak.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/20  at  11:22 PM

Budaya yang membimbangkan. Ini kerana top scorer kebanyakkannya daripada keluarga berada yang mempunyai kemudahan tuisyen, guru dan suasana pendidikan lebih baik.

Fuad Latip  on  05/22  at  06:18 AM

Assalammualaikum,

Jangan membuat keputusan dengan akal yang dangkal. Biasiswa bukanlah anugerah atau hadiah. Biasiswa merupakan bantuan. Maka mereka yang hanya layak mendapat bantuan yang perlu diberi.

Top scorer bukan kayu ukur penerimaan biasiswa. Ia harus dilihat daripada banyak sudut tetapi masih tidak mengenepikan tujuan biasiswa itu iaitu BANTUAN PENDIDIKAN.

Fuad Latip
Pensyarah IPTA

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.