Thursday, December 21, 2006

Pandainya “Bawang Merah Bawang Putih”

Banyak blog penulis Malaysia mencerca siri BMBP dengan mengatakan siri TV Indosenia itu, lebih kurang maksudnya "bodoh lagi membodohkan".

(Apabila kita sudah melabelkan sesuatu itu 'bodoh', maka kita tidak dapat belajar apa-apa lagi daripada perkara itu. Ini pun suatu kebodohan juga!)

BMBP yang 'bodoh' itu mendapat sambutan panas di Indonesia dan terbukti apabila disiarkan di Malaysia BMBP juga mengulangi kejayaan itu. Maka tentulah ada sesuatu yang 'pandai' pada BMBP.

Di Malaysia, BMBP bukan hanya diminati oleh PATI-PATI, malah penonton warga negara Malaysia pun menerima siri itu dengan panasnya, sampai menjadi topik dalam perbahasan parlimen.

Kita pernah mempunyai siri TV yang menerima sambutan panas, seperti siri SENARIO. Jika kita hendak mengekspot SENARIO ke Indonesia, mungkinkah ada stesen TV Indonesia yang mahu menyiarkannya? Jika ada, mengapa? Jika tidak ada, mengapa?

Kita dalam industri buku dapat belajar banyak daripada kejayaan dan juga daripada the-so-called 'kebodohan' BMBP itu sekiranya kita mahukan buku-buku terbitan Malaysia dapat dipasarkan di Indonesia.

Suatu pertanyaan yang relevan adalah: Apakah ciri-ciri yang semestinya ada pada produk yang mempunyai 'mass appeal', baik di Malaysia mahupun di Indonesia.

Bagi menjawab pertanyaan ini, BMBP dapat memberikan clue itu.

Dalam kebodohan ada kepandaian.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sains Penulisan
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Bawang Merah Bawang Putih: Mencari Formula 'Mass Appeal' Previous entry: Penulis, Buku dan Program TV RTM
alang kelana  on  12/21  at  08:22 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Di dalam BMBP ada pertentangan antara ‘baik’ dan ‘jahat’ dan ada unsur-unsur cerita kekeluargaan dan pergolakan di dalam keluarga.

Sebab itulah dia disukai bukan sahaja oleh PATI-PATI tetapi juga oleh PAI-PAI (Pendatang Asing Indon - yg ada permit) dan juga oleh WNM-WNM (Warga Negara Malaysia)

Inikah ciri yang mempunyai ‘mass-appeal’ itu?
——-

zalisa  on  12/21  at  09:22 AM

Jika di lihat positifnya memang bagus BMBP tetapi jika dilihat pada tahyulnya itu yang buat lemah semangat hendak menonton.

anak2 saya sukalah menontonnya. saya sekadar jeling2.

kekuatan yang ada pada siri itu ialah tidak membari kemenangan cepat kepada si baik. jadi penonton akan menjadi geram dan geram dan geram kerana si baik tidak diberi pembelaan sewajarnya.

mereka sedang menunggu dengan geram yg amat kehancuran di jahat yang sentiasa menang itu. Di situlah kekuatan cerita itu yg saya nam[pak. itulah sebabnya penonton tidak mahu ketinggalan walau satu episod. rugi ooo…

mohamad kholid  on  12/21  at  09:42 AM

saya rasa baik BMBP atau siri drama korea mahu pun siri drama Cina adalah unsur suspen pada setiap akhir episod.  kita tidak akan puas pada satu episod - menunggu untuk episod yang seterusnya.  sejujurnya saya suka sesuatu yang bersiri - berkesinambungan.  pari-pari itu walaupun ada konsep tahyul tetapi bukankah setiap insan sukakan sesuatu keajaiban dalam hidup.  contohnya plg mudah - waktu kita kecil kita selalu berfikir - alangkah baiknya jika kita jumpa duit di tepi jalan dan tak siapa yang mengaku duit itu kepunyaannya.  memberikan impian kepada khalayak….

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/21  at  11:15 AM

Masyarakat kita memamng suka cerita tahyul seperti BMBP. Tengok sahajalah majalah Mastika meletup pabila ada cerita pasal benda -benda karut. Orang sanggup beratut berjam-jam di Muzium kerana ingin melihat pameran hantu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/21  at  01:11 PM

Walaupun BMBP mempunyai unsur-unsur tahyul, namun ianya juga mempunyai mesej-mesej agama, walaupun amalan keagamaan di Indonesia adalah agak liberal dan pluralism (adalah menjadi tanggungjawab orang dewasa untuk mengkaji, memikirkan dan menerangkan kepada anak-anak tentang keadaan ini).  Bukankah Allah sentiasa mengingatkan kita di dalam Al-Quran untuk berfikir.  Oleh itu setiap yang berlaku dan dihidangkan kepada kita bukanlah untuk kita terima bulat-bulat.

Kalau kita bandingkan dengan rancangan TV di Malaysia, mana ada yang dalam setiap episodnya mempunyai skrip yang menunjukkan kepada kesyukuran kepada Allah Ta’ala, menunjukkan kepasrahan dan tawakkal kepada Allah Ta’ala.  Malahan dalam ketahyulan itu, skrip Puteri sentiasa mengatakan bahawa beliau tidak berkuasa melainkan dari Allah jua yang memberikan pertolongan.

Kalau tengok rancangan TV Malaysia, orang melayu makan pakai sudu dan garfu, makananan penuh satu meja walaupun yang makan hanya 3 orang, kediaman melebihi kemampuan (kerja despatch di KL boleh tinggal di rumah teres 2 tingkat yang lengkap dengan perabut dan peralatan?).

Fable Fox  on  12/21  at  01:22 PM

Quote “Kalau tengok rancangan TV Malaysia, orang melayu makan pakai sudu dan garfu, makananan penuh satu meja walaupun yang makan hanya 3 orang, kediaman melebihi kemampuan (kerja despatch di KL boleh tinggal di rumah teres 2 tingkat yang lengkap dengan perabut dan peralatan?). “

Ha..ha..ha.. sebenarnya pengarah filem / drama tempatan tidak menekan kepapa realism, sekadar tangkap muat. Jam tangan dalam embun? Ha..ha..ha..

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: