Panduan Mengiklankan Buku
Bilakah masanya yang paling baik bagi sesebuah penerbit melancarkan kempen iklan buku-buku terbitannya.
Jawapannya: Apabila buku-buku yang diiklankan itu sudah diedarkan dengan meluas dan kemas ke kedai-kedai di seluruh negara.
Jangan iklankan buku sebab saudara hendak melariskan jualan buku-buku itu. Jika iklan keluar, tetapi buku tidak ada di kedai, orang marah, dan objektif iklan tidak tercapai.
Iklan yang tidak dirancang dengan teliti tidak membantu jualan bertambah laris. Duit saudara terbakar, buku masih berlonggok dalam setor.
Kemaskan sistem pengedaran buku-buku saudara. Pastikan kedai-kedai buku ada stok buku-buku yang saudara iklankan itu. Kemudian baru keluarkan iklan.
Kos iklan amat tinggi. Ia menyebabkan kos penerbitan naik melambung. Jika kempen iklan saudara gagal, bukan hanya saudara rugi, saudara boleh gulung tikar!
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Bila bincang begini, barulah nampak jelas kelebihan sistem jualan buku secara on-line guna kad kredit atau Kad Pra-bayar PTS, bila iklan dalam blog/laman web, siapkan link dia, pembeli boleh beli terus secara on-line…..macan amazon.com…
——-
ya saya suka lawati amazon untuk melihat buku-buku yang dijual.sutau hari nanti buku dari PTS juga akan terpapar di amazon itu.
Iklankan satu tajuk tapi boleh jual beberepa tajuk yang berkenaan. Atau iklankan beberapa tajuk tapi boleh jual banyak tajuk bawah satu jenama.
Untuk pasaran Asia tak perlukan Amazon. Kerana Amazon itu bersifat kebenuaan. Untuk rantau Asia khususnya Asia Tenggara, perlu ada kedai maya nya sendiri. Kerana kena ambil kira daripada segi pasaran, budaya dan banyak lagi, paling penting ialah daripada segi bahasa & logistiknya.
Walau pun pembelian buku secara online ini berpotensi, tetapi ada penghalang yang menghalangnya daripada berkembang sepenuhnya: (1) Peratus yang gemar membaca di kalangan rakyat Malaysia masih rendah; (2) Jumlah buku yang ada dijual secara online masih kurang; (3) Masih ramai di kalangan pembaca yang ingin membeli secara online tetapi lebih suka membeli di kedai sebab beli di kedai dapat buku on-the-spot; (4)masih ramai pengguna kad kredit masih sangsi tentang keselamatan pembelian on-line; (5)..tambah lah sendiri..emm
Post a comment