Saturday, March 20, 2010

Panduan Menjual Hakcipta Ilustrasi

Adakah tuan dipilih oleh mana-mana penerbit bagi projek melukis ilustrasi buku-bukunya? Katakanlah tuan menjadi pelukis buku cerita kanak-kanak bertajuk “Puteri Bisu”. Tuan telah melukis 60 keping ilustrasi 4 warna bagi buku tersebut.

Adakah tuan tahu prinsip-prinsip umum apabila hendak membuat keputusan sama ada mahu menyimpan hakcipta lukisan tuan itu ataupun menjualnya?

Royalti adalah bayaran yang dibuat apabila tuan mahu memegang hakcipta lukisan tuan yang digunakan sebagai ilustrasi buku. Lazimnya, royalti dibayar setahun sekali berdasarkan angka jualan buku. Semakin banyak buku terjual, semakin banyak royalti pelukisnya. Begitu juga semakin banyak kali buku itu diulang cetak, semakin berulang kali pelukisnya menerima royalti.

Apabila pelukis menjual hakcipta lukisannya itu, dia dibayar satu kali sahaja, katakanlah 60 keping lukisan itu dibayar RM1500. Jikalau buku “Puteri Bisu” itu dicetak 10 kali sebanyak 30 ribu naskhah dalam tempoh 5 tahun sekalipun, pelukis tidak menerima apa-apa bayaran lagi.

Katakanlah, pelukis memilih royalti. Bagi setiap unit, royaltinya adalah 20 sen, maka dalam tempoh itu pelukis menerima RM6000. (Sekarang tuan faham mengapa penerbit suka membeli hakcipta lukisan!)

Jadi, prinsip pertama: Apabila buku yang tuan buat lukisannya itu adalah jenis buku evergreen, simpan hakcipta lukisan tuan. Buku-buku cerita seperti "Puteri Bisu" mempunyai ciri-ciri jenis buku evergreen.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Merchandise PTS di Booth PTS Previous entry: Kesesakan di Booth PTS

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.