Monday, February 11, 2008

Panggilan Buat Trainer PTS!

Assalammualaikum Puan Ainon,

Maaf menggangu, saya Megat dari Kuala Lumpur. Kita pernah jumpa sekali dulu masa Pn. Ainon buat bengkel penulisan PTS, tapi rasanya Pn. Ainon sudah lupa, agak lama dulu sudah dekat setahun lebih rasanya.

Tujuan saya email Puan ini saya hendak bertanya kalau-kalau Puan ada masa untuk bagi ceramah 'Kemahiran Berfikir'. Saya ada buat kursus dalam 3-4 hari untuk kakitangan kerajaan di Genting Highland pada 24-28/2/2008 ini. Jadi kalau boleh saya hendak penceramah yang berpengalaman. Kalau Pn.Ainon boleh, suka sangatlah saya.

Saya tengok Pn. Ainon ada tulis buku penulisan secara kritis, tapi topik 'kemahiran berfikir' lebih kepada kaedah berfikir, seperti Edward de Bono dengan 6 thinking hat, creative thinking dan sebagainya.

Saya rasa topik, macam ini mudah bagi Puan. Apapun saya minta sangat Puan hubungi saya balik untuk penerangan selanjutnya. Pn. boleh hubungi saya di HP saya 012-2973648, kalau tidak dapat Puan tinggalkan sms nanti saya akan call Puan balik.

Seandainya Puan tidak ada kelapangan pada tarikh yang tersebut, kalau boleh minta jasa baik Puan forwardkan no HP saya kepada sesiapa yang Puan fikirkan layak dan boleh. Kalau tidak boleh selama 3 hari pun, sehari pun boleh, kalau tidak boleh sehari, 2 jam pun boleh, sebab banyak slot untuk 3 hari ini. Terima kasih.

Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari 012-2973648

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Bisnes Training
(9) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Cukai Royalti dan Honorarium Penulisan dalam Bahasa Melayu Previous entry: Keluhan Seorang Mentee
Firdaus  on  02/11  at  08:56 AM

Nampaknya kebelakangan ini UNIKA telah menjadi ‘Training Market Exchange’ juga. Satu perkembangan yang menarik! :D

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/11  at  09:32 AM

Assalamu’alaikum.

Puan, saya cadangkan nama Tuan Shamsudin Kadir, sekiranya sesuai dengan objektif kursus. Wallahu’alam.

Fadzli Yusof  on  02/11  at  10:00 AM

Sebenarnya saya sangat berminat. Dulu pernah Excel Training meminta saya mengganti Datuk untuk modul yang hampir sama. Tetapi bertembung dengan program lain. Tawaran kali ini juga hampir sama. 24 Feb. saya mengendalikan seminar sehari, manakala 25 Feb. ada rakaman 3 siri motivasi pagi (dengan gimik bermain ‘congga’).

Kalau 26,27 dan 28 lebih fleksibel untuk memberikan komitmen. smile

Syahrul Nizam  on  02/11  at  10:08 AM

Saya berminat nak kongsi sedikit ilmu (Ilmu Allah maha Luas).

Latar fokus saya ialah CREATIVE + VISUAL THINKING.
Sesuai dengan latar belakang saya.

Syahrul
Persembahan Hebat dengan PowerPoint
.(JavaScript must be enabled to view this email address)

Zamri Mohamad  on  02/11  at  01:56 PM

Tuan Megat selepas ini pening nak memilih hahaha!
Inilah aura PTS rasanya, menulis boleh, jadi murid kena beduk dengan chairman pun boleh, kendali bengkel pun boleh.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/11  at  04:56 PM

Tuan Zamri, ini Chairman hendak beduk penulis….

(i) “...jadi murid kena beduk dengan chairman pun boleh,... (SALAH = ayat BMR ini bermakna Chairman kena beduk bersama-sama muridnya!)

(ii) “...jadi murid kena beduk OLEH chairman pun boleh,...(BETUL)

Pelajari sistem sendi Bahasa Melayu Tinggi (BMT)!

Riduan Khairi  on  02/11  at  06:15 PM

Saya menawarkan diri untuk menjadi pembantu trainer yang terpilih kelak. Tukang bacuh teh dan angkat begpun tidak mengapa.

Riduan Khairi
017-5053947

Fadzli Yusof  on  02/11  at  06:23 PM

Bertenang Zamri…bertenang. smile

Zamri Mohamad  on  02/12  at  02:05 PM

Aduh, dibeduk lagi.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: