Friday, October 05, 2007

Panjang Ayat dan Panjang Nafas

Salah satu ciri buku yang sedap dibaca adalah apabila ayat-ayatnya sama panjang dengan kepanjangan nafas, disebut "jeda nafas".

(a) Contoh ayat-ayat yang sama panjang dengan jeda nafas:

Setiap petang En. Rahim mengenakan pakaian joggingnya dan pergi berjogging mengelilingi tasik luas di Taman Tasik Titiwangsa. Dahulu dia tidak pernah berjogging ataupun melakukan sebarang riadah.

Hanya semenjak dia berkahwin dengan isterinya sekarang barulah setiap petang dia berjogging, kecuali jikalau petang itu hari hujan.

En. Rahim baru tiga bulan berkahwin dengan Sheliza, penyanyi di kelab dangdut yang menjadi tempat rehat kegemarannya. Dia meminta isterinya yang baru berusia 28 tahun itu berhenti menyanyi di situ tetapi kontraknya masih ada 2 tahun lagi.

Sheliza amat memberi perhatian pada kesihatan dan penampilannya. Itulah sebabnya dia taat dengan jadual joggingnya setiap petang.

Jadi, mahu tidak mahu, En. Rahim yang sudah berusia 61 tahun itu terpaksa ikut mengiringi isterinya berjoging. Termengah-mengah dia berlari-lari anak di belakang Sheliza.

(b) Contoh ayat-ayat yang tidak sama panjang dengan jeda nafas:

Pak Mail melamun sambil memikirkan masa depannya kerana semua anak-anaknya yang sudah meninggalkannya di kampung berhijrah ke Kuala Lumpur. Satu satu wajah anaknya muncul.

Mula-mula muncul Baharuddin. Kemudian Rokiah. Fatimah. Mahmud. Zaharah. Wajah anak bongsunya Zulkifli, muncul. Kemudian wajah arwah isterinya yang sudah dua tahun meninggal dunia itu pula muncul dalam ingatannya.

Pada cuti Hari Raya tahun lalu Rokiah pulang dengan suami serta empat orang anaknya manakala anak-anaknya yang lain tidak pulang kerana masing-masing dengan urusan masing-masing.

Rokiah mengajak Pak Mail pindah ke Kuala Lumpur, tinggal dengan mereka. Itulah yang sedang difikirkan oleh Pak Mail. Kalau pindah macam mana. Kalau tak pindah macam mana.

Apa akan jadi pada rumahnya. Pada sawahnya. Kerbaunya. Ayam-ayamnya. Tiga ekor kucing kesayangannya. Basikal tuanya. Kubur isterinya.

Dia tidak sampai hati hendak meninggalkan kubur arwah isterinya yang setiap Jumaat dilawatinya sebab kubur itu terletak di tepi masjid.

Nota: Ada pakar muzik mengatakan, salah satu faktor mengapa lagu-lagu P. Ramlee digemari ramai, mudah diingat, dan evergreen adalah disebabkan bait-bait lagu beliau sama panjangnya dengan jeda nafas. .

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sains Penulisan
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Notis! Calon Penterjemah Previous entry: Selepas 2 bulan... Streamyx Sifu Akhirnya Pulih
Ideal  on  10/06  at  04:05 AM

Saya tak faham. :-(

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/06  at  05:14 AM

Assalamualaikum warahmatullah,

Semasa saya di sekolah rendah, guru yang mengajar Bahasa Malaysia selalu mengingatkan saya, “Jangan gunakan ayat yang terlalu panjang, nanti semput orang yang membacanya!”

Beliau membayangkan, kalau Penyampai Berita Tv bercakap tanpa noktah. Penonton akan susah faham apa yang dibaca. Sampai hari ini saya masih ingat pesanan itu..

Mohd Nadzrin Wahab  on  10/06  at  10:35 AM

Salam UNIKA,

Mengikut kajian kaedah penulisan Information Mapping di Harvard, saiz ingatan kerja (working memory) adalah 7+-2 iaitu 5 hingga 9 butir. Working memory dahulunya lazim dikenali sebagai short-term memory.

Jangka waktu ingatan pula ialah 20 saat. Berdasarkan kajian itulah kaedah penulisan dokumen piawaian industri ProWriting dibangunkan di Malaysia. Malah, keseluruhan ProWritin dibangunkan atas kajian komunikasi dan penulisan dan bukan atas pengalaman persendirian. Ia kini digunakan untuk menulis manual, panduan kerja, polisi dan peta proses.

ProWriting antara kaedah penulisan dokumen yang paling sesuai dengan piawaian ISO. Ia juga mempunyai persamaan falsafah dengan kaedah penulisan PTS yang mementingkan pendekatan ‘reader-focus’, bukan ‘writer-focus’. Antara pendekatannya menzahirkan falsafah ini adalah dengan mengaplikasi taksonomi 6 jenis maklumat (Information Types), setiap satunya mempunyai matlamat khusus penyampaian mesej kepada pembaca.

Industri perbankan dan petrokimia di Malaysia antara yang paling selalu mengaplikasikan kaedah ini. Dokumen yang ditulis adalah khas untuk BACAAN pekerja mereka. Ini agak berbeza dengan kaedah dokumentasi lain (khususnya untuk mendapatkan pengiktirafan ISO) yang hanya sekadar merekod, bukan untuk dibaca.

Kini, SIRIM pula tertarik untuk mendapatkan kaedah ini kerana piawaiannya yang tetap dan konsisten.

Ramadan Mubarak!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/08  at  08:28 PM

Tercungap-cungap saya membaca contoh yang kedua. Setahu saya, sebelum ini puan memberikan contoh ayat yang panjang-panjang bagi merujuk kepada ayat-ayat yang tidak sesuai dengan jeda nafas. Kali ini puan memberikan contoh ayat yang sekejap panjang, sekejap pendek. Kadang-kadang ayatnya sekadar 2 perkataan sahaja. Mohon penjelasan. Terima kasih.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/11  at  06:01 AM

Lama benar tidak singgah ke sini Puan Sifu.
Alangkah bestsellernya karya itu jika Gurunya sendiri yang ciptanya berbanding ciptaan anak-anak murid sahaja kerana santan Sang Guru dengan anak muridnya mesti tidak sama rasa.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.