Thursday, June 18, 2009

Mengapa Saya Tidak Menjawab Kritikan dan Cercaan

Ada pembaca blog UNIKAPTS (Universiti Terbuka PTS) membuat komen mengapa saya tidak menjawab komen-komen yang mencaci dan mencera saya. Hal itu memberi gambaran seolah-olah komen-komen itu betul dan saya salah.

Inilah penjelasan saya:

Saya tidak menjawab cacian dan cercaan itu kerana saya menulis dengan menggunakan disiplin "parallel thinking".

Sebagaimana istilah "lateral thinking" dicipta oleh Edward de Bono, demikian juga halnya dengan istilah "parallel thinking".

Garisan-garisan yang parallel, atau selari, tidak pernah bertemu. Masing-masing garisan mempunyai trak masing-masing, dari titik-mula sampai ke hujungnya. 

Apabila tuan-tuan dan puan-puan mempunyai sudut pandang sendiri tentang sesuatu perkara ataupun isu, dan tuan mahu supaya pembaca  terpengaruh dengan sudut pandang tuan, menulislah dengan menggunakan teknik parallel-thinking.

Ertinya, tuan tulis sahaja apa yang tuan mahu tulis. Jangan peduli apa orang lain tulis, walaupun perkara yang mereka tulis itu salah, ataupun mereka meng-attack peribadi tuan, biarkan sahaja.

Teruskan menulis dengan mengemukakan hujah-hujah tuan. Jangan dijawab hujah-hujah yang dikemukakan oleh orang-orang lain. Biarkan pembaca membuat penilaian hujah siapakah yang lebih rasional.

Strategi parallel-thinking ini amat persuasif, ertinya ia efektif bagi tujuan mempengaruhi pembaca, kerana:

(i) Dengan menggunakan strategi parallel-thinking, kita tidak terjebak ke dalam defensive-mode. Bahaya defensive-mode adalah kita boleh hilang fokus dalam penulisan, dan hal itu melemahkan daya pengaruh tulisan kita ke atas minda pembaca.

(ii) Pembaca yang terpelajar dan kritikal adalah orang-orang yang tidak suka diberitahu siapa salah, siapa betul. Mereka pandai berfikir sendiri. Mereka mahu supaya kita mengemukakan hujah-hujah yang konkrit dan logikal sahaja. Mereka sendiri akan menilai dan memutuskan apakah hujah kita itu dapat mereka terima.

Moga-moga penjelasan ini menenteramkan hati penyokong-penyokong saya dalam peperangan menentang rasuah dalam kerajaan. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Terbaru Buku Parenting PTS Previous entry: JUMAAT 19 Jun 2009 Tolong Beli BERITA HARIAN dan Undi! Jangan Tidak Undi!
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/18  at  03:24 AM

Puan,

Bagaimanakah upaya didepani dailog dari televisyen yang keterlaluan menindas kekritikalan pemikiran berbanding
catatan dan penulisan yang tidak membawa apa-apa kesan yang kekal?

Bualan-bualan ini membuktikan dengan jelas wujud penyimpangan ‘projek-projek’ yang ditermakan oleh satu persaingan yang tidak memungkinkan wujud pengakhirannya kerana keadaan dunia telah keterlaluan dikondasikan oleh pemimipin yang ingin mempromosikan keamanan dan menjadikan perbezaan gender sebagai persaingan dengan dibina sudut-sudut tertentu untuk mengarah kepada pembiayaan peruntukkan tertentu dilakukan.

Bagaimanakah apabila neuro saraf minda telah sepenuhnya dikuasai oleh kesan pemahaman ,adakah kesan dari bahasa pertuturan yang pertama yang kukuh meninggalkan kesan percambahan kreatif minda upaya berterusan diabai dan dinafikan?

Upayakah diterima kerana kegagalan penggunaan bahasa inggeris yang bersifat menjajah telah menjadi teras keunggulan yang didominasikan sepenuhnya kelemahan untuk merdeka dan menjadi antara alat yang tidak memberdayakan kebanyakan warga peribumi?

Upayakah ia menjadi antara alasan yang digunakan bagi mencetuskan permusuhan kerana kekeliruan di dalam penterjemahan?

Umpama yang lain andai terserlah medan persengketaan (pergeseran) sesama gender, siapakah yang diuntungkan justeru kerana itukah hak tidak upaya dikenali untuk mudah dieksploitasi lantaran kelemahan yang sudah sebati?

Bagaimanakah diketahui tentang nurani insan yang dimiskinkan oleh sifat kepenggunaan yang mempromosi jajahan di intelek minda?
Menerusi pemilihan penggunaan software yang upaya menceroboh hak-hak berperibadi?
Atau keterlaluan minta dipertanggungjawabkan adakah sememangnya wujud pihak ‘berwajib’ di luar dan dalam negara berupaya menembusi pengkalan sistem keselamatan pertahanan sesebuah negara menerusi penggunaan software.

Wujudkah zarah-zarah nukliar pada gentian-gentian selaput yang mahu dijadikan virus pada minda yang dihasilkan oleh dailog di televisyen.

Sama seperti ketidakwajaran bagi watak kepimpinan menjadi peluang untuk menambah kekayaan bila mana permintaan perdamaian dijadikan sebagai antara halangan yang menyekat perjuangan?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/18  at  12:39 PM

Allahuakbar!1

mdHazali  on  06/18  at  12:53 PM

Assalamualaikum Puan Sifu yang dimuliakan,

Tulisan di atas, saya kira, bolehlah dijadikan contoh terbaik untuk rencana yang mempunyai tinggi indeks kabusnya. Ciri-ciri tulisan yang puan terangkan ada didalamnya.

Saya mohon pada sessi kelas yang akan datang diterangkan sekali tentang konsep indeks kabus dengan lebih terperinci.

Wassalam.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/18  at  03:42 PM

Tuan mdHazali yang diingati,

Artikel saya di atas tinggi indeks kabusnya disebabkan konsep parallel-thinking itu sendiri belum diketahui. Itulah yang menyebabkan artikel itu mungkin tidak mudah dimengerti.

Saya mula-mula mempelajari konsep parallel thinking dengan mentelaah buku-buku Edward de Bono, kemudian dengan tekun saya belajar menggunakan teknik itu sedikit demi sedikit sehinggalah pada masa ini saya sudah mahir menggunakannya.

Sejak 2 tahun yang lalu saya cuba memerhati siapa lagi yang mahir menggunakan teknik parallel thinking, dan saya dapati Nabi Muhammad menggunakannya. Selepas saya menyedari perkara ini saya menjadi bertambah yakin lalu saya semakin mendisiplinkan diri saya menjadi parallel-thinker….

Asyraff Hafdzan Abdullah  on  06/18  at  08:57 PM

Assalamualaikum Puan Ainon yang dihormati. Semoga terus sukses dalam jalur jalan menuju kejayaan PTS.

Puan, tiada gunanya berdebat dengan orang yang jahil. Tiada maknanya kata salah satu filem Melayu. Ini selaras dengan firman Allah yang berbunyi

” Wa Iza Khatabahumul Jahiluna Qalu Salama”

iaitu : Apabila orang-orang jahil bercakap kepada mereka, mereka membalasnya dengan perkataan yang baik (dan ada ulama mentafsirkan sebagai tidak melayan perdebatan mereka).

Saya lupa ayat ini dalam surah mana, Hud atau Rum. Ustaz-ustaz hafiz yang lain boleh tolong semakkan.

Pengajaran moral : Memberi kemenangan moral kepada orang jahil adalah dengan melayan perdebatan mereka yang sia-sia.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: