Monday, November 09, 2009

Pasaran Buku Cerita Kanak-kanak

Buku kanak-kanak dibeli oleh ibu bapa, bukan oleh kanak-kanak. Kanak-kanak yang masuk ke dalam kedai buku sentiasa datang dengan penjaganya, oleh itu peranan penjaga dalam proses memilih buku yang mahu dibeli adalah besar sekali. Justeru pendapat dan pandangan ibu bapa menentukan sama ada buku itu mahu dibeli ataupun tidak.

Buku "Kapten Baru" ini adalah buku terbaru terbitan PTS khusus bagi bacaan kanak-kanak antara 7 - 9 tahun.

Di kalangan keluarga yang berpendapatan tinggi, mereka memberikan banyak kebebasan kepada anak-anak memilih buku-buku yang disukai, selagi isi kandungannya baik, tetapi bagi keluarga yang berpendapatan sederhana isu harga buku adalah sangat kritikal.

Menurut Tn. Zaharin Zain, pengurus jabatan jualan PTS, bagi ibu bapa biasa, buku kanak-kanak yang dijual pada harga lebih RM10 dikatakan mahal, maka isu harga sangat mempengaruhi jualan.

Margin keuntungan buku kanak-kanak lebih nipis daripada margin bagi buku-buku remaja. Ini adalah salah satu faktor mengapa penerbit tidak berminat menerbitkan buku kanak-kanak bagi pasaran kedai buku. Inilah faktor yang menyebabkan buku kanak-kanak dalam bahasa Melayu tidak banyak dipamerkan dalam kedai-kedai buku.

Penerbit buku kanak-kanak lebih berminat menerbitkan buku bersiri-siri bagi mendapatkan kontrak kerajaan, sebab harga kontrak sangat menguntungkan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pasaran Laut Biru Novel Remaja dalam Bahasa Cina Previous entry: Untungnya PTS Mengamalkan Dasar Bisnes Bebas-Rasuah
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/10  at  04:00 PM

Adakah PTS berminat untuk menerbitkan buku cerita kanak kanak dari kaum kaum pribumi?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/11  at  12:52 PM

saya ingin menerbitkan buku untuk kanak - kanak bawah penerbitan tuan. apakah prosedur yg perlu saya ikuti?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: