Pasaran Buku Agama adalah Sektor Paling Rancak di Jakarta
Sekembalinya delegasi pegawai-pegawai PTS ke Pesta Buku Jakarta 2007 minggu lalu, mereka melaporkan sektor buku agama Islam sedang berkembang paling pesat.
Mengejutkan! PT GRAMEDIA, penerbit No. 1 paling besar di Indonesia sudah membuka anak syarikat khusus bagi menerbitkan buku-buku agama Islam. PT Gramedia adalah milik pemodal Cina dan sebelum ini aktif menerbitkan buku-buku Kristian.
PT AGROMEDIA, penerbit buku-buku pertanian paling terkenal di Jakarta, sudah menubuhkan anak syarikat, PT QULTUM MEDIA, yang fokus menerbitkan buku-buku agama sahaja. Mereka menghantar pegawainya ke Mesir bagi mencari judul-judul agama yang dapat dipopularkan di Indonesia.
Enam puluh peratus (60%) judul baru agama yang terbit di Indonesia saat ini adalah karya terjemahan daripada bahasa Arab.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Pun Sifu,
Sememangnya terlalu banyak penerbit buku di Indonesia dan boleh dikatakan separuh daripadanya mereka merupakan penerbit buku-buku agama.
Hal ini wajar rasanya kerana kira-kira 90 peratus warganya umat islam berbanding kita hanya separuh sahaja.
Hampir setiap bandar akan mengadakan `islamic Book fair` masing-masing manakala di Jakarta selalunya diadakan pada bulan Mac setiap tahun.
Malah kalau melihat pada `Jakarta Book Fair` pada pertengahan tahun atau `Indonesia Book fair` pada Disember saban tahun pun lebih separuh buku yang dipamerkan adalah buku agama selain daripada buku sekolah/pendidikan.
——-
Post a comment