Pasaran Buku Agama: Siapa Baca Buku Cerita Agama
Kajian pasaran yang kita lakukan menunjukkan perempuan, bukan lelaki, adalah pembeli dan pembaca utama buku-buku cerita yang bertemakan agama.Faktor inilah yang menyebabkan kulit buku-buku cerita agama PTS disesuaikan dengan citarasa pembaca perempuan.
Di kalangan remaja, remaja perempuan juga, bukan remaja lelaki, merupakan penggemar buku-buku cerita agama.
Fakta ini menjadikan buku-buku cerita agama berfungsi sebagai alat dakwah yang penting kepada kaum perempuan.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum,
Saya setuju dengan usaha mengumpulkan cerita-cerita Islam yang memberikan banyak manfaatnya. Teruskan usaha sebegini.
Namun begitu, ada suara-suara yang mengatakan bahawa karya sebegini hanya biasa-biasa, tiada yang istimewa dan sama seperti buku-buku yang terdapat di pasaran. Seolah-olah PTS tiada idea lain.
Saya geram juga mendengar pendapat seperti itu. Ramai yang hanya pandai berkata tetapi tidak pernah yang hendak melakukannnya.
Sekurang-kurangnya dengan terbitnya buku seumpama ini, adalah usaha bagi menarik sekelompok manusia yang tidak minat membaca buku agama.
Apakah pandangan puan?
Nota Sifu: Kita jalan terus… supaya tidak jadi macam dalam cerita ‘Orang Tua dengan Anak dan Keldainya’. Cakap-cakap seperti itu tidak layak kita dengari dengan serius. Yang kita lakukan ini adalah berdakwah. Tentu banyak dugaannya.
——-
Terima kasih kepada Puan Saridah, penulis buku ini kerana membenarkan saya memuatkan satu daripada cerita dalam buku ini dalam risalah surau tempat tinggal saya.
Sebagai AJK surau yang diamanahkan, saya berasa sangat bersyukur kerana Puan Saridah sudah memudahkan tugasan saya mencari bahan.
InsyaAllah saya berikan kredit kepada Puan Saridah. Tahniah PTS kerana prihatin dengan penerbitan buku-buku seperti ini.
Post a comment