Pasaran Buku Cetak Masih Sihat Meskipun Jualan Buku Digital Semakin Meningkat
Publishers Weekly melaporkan pengedar buku terbesar di wilayah barat Kanada, Raincoast Books di Vancouver, mengambil langkah akan memindahkan gudangnya ke premis yang lebih besar, bagi menyimpan 40% lebih banyak stok. Langkah itu mencerminkan keyakinan yang tinggi terhadap jaualan buku bercetak.
John Sawyer, CEO Raincoast Books memberitahu volum jualan syarikat semakin besar sehingga mereka terpaksa mendapatkan ruang gudang yang lebih luas.
Jamie Broadhurst, pengurus besar jabatan marketing mengatakan walaupun pasaran buku digital di Kanada semakin meningkat, terutama bagi kategori fiksyen, tetapi bagi semua kategori lain buku bercetak tetap bertahan dalam pasaran.
Raincoast Book mengedarkan 11 juta naskhah setahun.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment