Thursday, September 04, 2008

Pasaran Buku Kesihatan Seksual

Statistik yang diuar-uarkan dalam media mengatakan bahawa jumlah lelaki Malaysia yang mengalami masalah kesihatan seksual adalah besar.

Dulu-dulu, kebanyakan orang menyangka, masalah kesihatan seksual menjadi isu berat di kalangan lelaki berumur (yang mempunyai isteri berusia muda) sahaja.

Menurut pakar, pada masa sekarang semakin ramai lelaki muda mengalami masalah kesihatan seksual.

Menurut pakar lagi, 70% masalah kesihatan seksual adalah disebabkan faktor-faktor psikologi dan keadaan itu dapat dirawat.

Nampaknya jualan ubat-ubatan kesihatan seksual bagus, namun jualan buku-buku panduan menjaga kesihatan seksual tidak pula meletup-letup, setakat berjalan macam biasa-biasa sahaja.

Soalan tutorial hari ini: Meskipun ramai orang mengalami masalah kesihatan seksual, mengapakah buku-buku panduan kesihatan seksual tidak laku keras? 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Edisi Paperback Previous entry: Surat Pilihan dari Patani
 on  09/04  at  11:23 AM

Orang malu hendak beli, puan.

Saya tengok sendiri di Pesta Buku tahun lepas, ramai orang dok jeling-jeling buku itu di rak, tetapi tidak ambil belek pun smile

Apatah lagi hendak bayar, malulah pada cashier perempuan.

Baca kolum beliau dalam akhbar lebih mudah, tidak malu hendak beli akhbar.

 on  09/04  at  01:01 PM

Perkataan seksual tu kalau diubah jadi perkataan lain mungkin lebih menarik. Cadangan:

-ehem2
-tut
-porn

Fadzli Yusof  on  09/04  at  01:22 PM

Puan kata,
“Nampaknya jualan ubat-ubatan kesihatan seksual bagus, namun jualan buku-buku panduan menjaga kesihatan seksual tidak pula meletup-letup, setakat berjalan macam biasa-biasa sahaja.”

Mungkin kerana menelan pil lebih mudah berbanding membaca buku dan berfikir.

epelijau  on  09/05  at  08:05 AM

Salam Puan Sifu,
Malu dan segan untuk mengetahui masalah sendiri. Pada firasat saya, itu adalah salah satu sebab mengapa bahan bacaan berkaitan masalah ini tidak laku keras.
Sekadar berkongsi pengalaman: Saya pernah bekerja di premis farmasi di Petaling Jaya. Tugas saya bermula jam 5.30 petang hingga 10.00 malam. Saya selalu dikunjungi pelanggan lelaki yang sudah berusia (lebih 50 tahun agaknya berdasarkan kedutan di kulit dan uban di rambut) yang akan bertanyakan pelbagai soalan tentang suplemen, vitamin A hingga zink. Semua rak bahan suplemen akan dijelajahi dan hampir semua botol yang terpamer perlu diterangkan kegunaan dan kebaikannya tanpa satu pun produk berjaya dijual...akhirnya, soalan terakhir yang ditanyakan..
Viagra ada simpan?
Mahal ke harganya?
Sekali makan berapa lama tahan?
sebelum berlalu apabila keinginan mereka untuk membeli saya tolak dengan baik kerana viagra perlukan preskripsi dari pegawai perubatan. smile
Saya rasa tajuk yang lebih ‘tersembunyi’ perlu diberi bagi menghapuskan perasaan malu dan segan ini. smile

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: