Friday, July 22, 2011

Pasaran Buku Motivasi dan Peranan Penerbit Membantu Bisnes Kedai Buku

Pasaran buku-buku motivasi sentiasa ada sepanjang tahun, tahun demi tahun. Justeru pasaran ini adalah pasaran yang bagus diterokai.

Dalam zaman ekonomi sihat, buku-buku motivasi laku. Dalam zaman ekonomi meleset pun, buku-buku motivasi laku.

Namun jualan buku-buku motivasi tidak meletup-letup, sebaliknya mendatar sepanjang tahun. Tetapi disebabkan pasarannya stabil, maka pada jangka panjang jualan buku-buku motivasi adalah menguntungkan.

Pihak pengurusan kedai buku POPULAR memaklumkan bahawa pada masa ini bekalan judul buku motivasi oleh penulis tempatan sangat tandus, manakala permintaannya bagus.

Bagi mengatasi isu ketandusan itu, pihak PTS memperbanyakkan judul-judul terjemahan.

Ada 2 aspek yang perlu diambil kira berkenaan buku-buku motivasi:

1. Jumlah penulis buku motivasi tempatan tidak banyak, malah sangat sedikit. Tokoh motivasi yang ada pula terlalu sibuk muncul di atas pentas dan di skrin televisyen sehingga mereka tidak dapat menghasilkan buku baru setiap tahun.

2. Buku-buku motivasi terjemahan memberikan input teori dan psikologi yang berkualiti tinggi, namun buku-buku itu tidak mempunyai input Islamik, manakala pembaca mahukan buku-buku yang ada input Islamik.

Sebagai penerbit, PTS perlu membantu bisnes kedai-kedai buku dengan membekalkan tajuk-tajuk yang laku dijual.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mengurus Risiko Novel Remaja Tidak Laku (Siri 1) - Memupuk dan Mengurus Penulis Berpotensi Previous entry: Tip Survival Penerbit: Plus Minus Menerbitkan Buku Agama Murah
ahmadyani  on  07/23  at  02:15 AM

Mungkin bila tokoh motivasi Malaysia sudah tidak ‘larat’ lagi memanjat pentas dan dijemput ke TV, baharulah mereka mahu menulis buku. Menulis buku di kalangan orang berilmu di Malaysia ini memang mengecewakan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/23  at  06:34 AM

Salam sejahtera Puan,

Saya sering melawat halaman sesawang UNIKA PTS ini dan sangat banyak ilmu yang saya perolehi dari halaman sesawang ini.

Berkenaan dengan topik yang puan kemukakan, soalan saya - Bagaimanakah caranya untuk mencari peluang bagi menterjemah buku-buku motivasi khasnya dari BI - BM?

Sekian, terima kasih.

CASSIUS

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.