Pasaran Buku Perubatan Herba
Statistik yang dihebah-hebahkan oleh media mengatakan industri perubatan herba dan makanan kesihatan yang berasaskan herba berkembang dengan pesatnya di negara kita.
Namun, jualan buku-buku tentang panduan penggunaan herba dalam makanan dan ubat-ubatan tidak meletup-letup.
Soalan tutorial hari ini: Mengapakah walaupun industri herba berkembang pesat tetapi buku-buku herba tidak laku keras?
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan,
Tidak laku keras sebab industri herba di Malaysia hanya tertumpu kepada 3K (keras, ketat dan kurus).
................
Nota Sifu: Begitu mundur sekalikah industri herba Malaysia?
Salam, Puan.
Mungkin, disebabkan industri herba sudah berkembang pesatlah maka buku tentang herba tidak laku keras. Dulu waktu industri ini baru hendak naik, orang masih tercari-cari rahsia herba, tapi sekarang kesedaran tentang rahsia herba itu sudah meluas, maka orang sudah mula ke fasa menggunakan herba. Pada fasa ini, orang mahukan herba yang siap untuk digunakan atau dimakan (ready to consume) yang sudah pun banyak tersedia di pasaran. Saya agak, yang akan baca buku tentang herba sekarang adalah pengusaha herba dan promoter produk herba (termasuk pengedar MLM produk berasaskan herba), bukan pengguna lagi.
Mungkin juga kerana masyarakat kita tidak berminat tentang herba dengan mendalam...Mereka hanya ingin tahu tentang herba secara ringkas sahaja.
Post a comment