Pasaran Buku Politik Amat Kecil
Banyak pengulas politik mahu mengumpulkan ulasan-ulasan yang pernah mereka tulis supaya menjadi buku yang dicetak dan diterbitkan.
Penerbit yang sudah mapan tidak berminat menerbitkan buku politik isu semasa kerana buku-buku jenis itu tidak dapat dijual kerana faktor-faktor:
1. Kedai-kedai buku tidak berminat mempamerkan buku politik.
2. Ulasan politik terlalu banyak dapat dibaca dalam internet.
3. Topik isu-isu semasa berubah dengan amat pantas, akibatnya kandungan buku cepat lapuk.
Buku politik yang laku dijual adalah buku yang ditulis sebagai buku sejarah berdasarkan hasil kajian akademik.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan - adakah buku politik ditulis tanpa faedah manafaat atau kerana musim pilihanraya atau keperluan parti atau untuk menjadi model siasah difahami atau untuk sejarah tidak didominasi?
Jika sifat penulisan hanya berbentuk fitnah dan berdasarkan andaian kemanakah hala bersiasah politik orang islam tatkala tanah air kita jauh lebih maju pendekatan berpolitiknya apabila mempunyai keseimbangan berpolitik oleh wujudnya pembangkang yang baik dan berupaya mengketengahkan kelemahan-keleman kerajaan untuk diperbetulkan?
Dunia memerlukan contoh yang praktiks dan negara kita mempunyai modeul yang praktikal amalan kebertanggungjawabannya boleh diadili dan dipertikaikan berdasarkan fakta.
Apakah dunia islam kekal dibantu penyelenggaraan amalan siasahnya oleh negara kuasa utama dunia oleh kesan manafaat yang diperolehi dari buku-buku tulisan Mr. Noam Chomsky misalnya yang tidak sepenuhnya menjadi amalan berpolitik parti-parti yang dimiliki oleh Malaysia kerana kita tidak memiliki kekuatan kuasa ketenteraan dan tidak memerlukan penggunaan ketenteraan bagi menjamin keselamatan kemakmuran dan kestabilan sosial di dalam masyarakat?
Post a comment