Wednesday, February 17, 2010

Pasaran Buku Resipi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apabila kita ke kedai buku yang besar seperti MPH dan Kinokuniya, kita dapat melihat banyaknya buku-buku resipi dipamerkan, daripada yang kecil dan murah sehinggalah kepada yang tebal, berkulit keras, mewah, berat dan mahal-mahal harganya.

Pasaran buku-buku resipi adalah sektor yang besar, justeru pasaran ini menjanjikan peluang bisnes yang baik. Walaupun saiz sektor ini besar, namun pemainnya tidak banyak. Ini kerana kos menerbitkan buku-buku resipi adalah mahal:

1. Buku-buku resipi perlu dicetak menggunakan kertas mahal bagi menjamin gambar yang dicetak itu bermutu tinggi. Kertas mutu tinggi yang tebal dan licin diperlukan supaya tidak mudah kotor dan koyak apabila dipegang oleh jari-jari orang yang sedang memasak.

2. Kos yuran jurufoto. Tidak semua jurufoto mempunyai kemahiran mengambil foto masakan. Jurufoto juga perlu memiliki jenis kamera yang sesuai.

3. Seluruh buku perlu dicetak menggunakan empat warna.

4. Kos yuran pendandan hidangan. Seni mendandan dan mengandam hidangan mempunyai trik-triknya sendiri. (Kos ini dapat dielakkan apabila tukang masaknya juga pandai mendandan hidangan.)

5. Kos sewa studio. Foto yang diambil di dalam studio lebih bermutu tinggi. (PTS sedang membina studio dapurnya sendiri dengan nilai RM20 ribu.)

6. Kos yuran selebriti yang ada nama dan yang wajahnya mungkin digunakan sebagai duta buku. (Wajah selebriti tidak menjamin buku laris.)

7. Kos yuran layout. Bukan semua artis layout pandai menghasilkan layout buku masakan yang menarik. (PTS mempunyai seorang artis layout sepenuh masa untuk buku-buku resipi sahaja.)

Bagi menurunkan kos cetak, jumlah cetakan perlu dinaikkan. Tetapi ada risiko lain pula, yakni risiko stok tidak dapat dijual semuanya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Komik-M adalah Alat Bantu Belajar Membaca yang Efektif untuk Kanak-Kanak Lelaki Previous entry: Penulis dan Pelukis Boleh Berkongsi Hakcipta dan Royalti

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: