Khutbah Jumaat PTS: Masukilah Pasaran Sektor Sastera Agama Kanak-kanak
Semasa Abdullah bin Umar berumur 7 tahun, Nabi Muhammad sudah mengajarkan kepadanya supaya jangan sekali-kali meminta pertolongan daripada sesiapa pun, kecuali daripada Allah. Berdasarkan apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad itu, kanak-kanak wajib diajarkan prinsip tauhid seperti itu seawal usia 7 tahun.
Sunnah Nabi Miuhammad itu meletakkan tanggungjawab yang besar kepada penulis dan penerbit supaya menyampaikan prinsip-prinsip kepercayaan Islam kepada kanak-kanak dan menyematkan prinsip-prinsip itu ke dalam benak dan sanubari mereka.
Sektor buku agama adalah sektor paling besar di mana-mana negara sekalipun, dan dalam apa jua bahasa sekalipun, waima di negara-negara yang amat sekular.
Di semua kedai buku besar di Amerika dan di Eropah, bahagian buku kanak-kanak dan remaja yang terang-terangan mengandungi mesej agama Kristian adalah besar. Terdapat beratus-ratus judul buku agama yang cantik-cantik, semuanya untuk bacaan kanak-kanak dan remaja awal.
Di negara ini, sektor buku agama adalah paling besar pasarannya. Tetapi buku-buku yang ada dalam kedai-kedai buku ditulis bagi bacaan dewasa. Buku-buku agama untuk kanak-kanak diterbitkan oleh penerbit buku-buku set khusus untuk dijual secara langsung ke pusat sumber sekolah, dan untuk dimasukkan dalam kontrak pembelian Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dengan harga mahal, oleh itu tidak dapat dibeli di kedai.
Permintaan bagi buku agama oleh ibu bapa adalah amat besar. Majoriti ibu bapa golongan kelas menengah di bandar-bandar besar mahukan anak-anak mereka membaca buku-buku yang bernilai murni, termasuk buku-buku agama.
Sektor buku agama khusus untuk kanak-kanak dan remaja awal adalah kawasan Laut Biru dalam industri buku Melayu. Kita mengajak lebih banyak pelabur menceburi industri penerbitan buku, dan masukilah sektor Laut Biru ini.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam,
Jom semua sahut seruan ini, menulis jadi ibadah, ibadah menarik pahala, maka syurga balasannya. Pengalaman saya di sekolah, genre ini amat kurang. Kalau saya tidak berjanji 4 buku dengan editor dengan saya yang baik pekerti tu (^_^) mungkin saya akan menulis untuk genre ini juga. Jom kawan-kawan, jom kejar pahala. Salam Jumaat dari Kota Bharu, Kelantan.
Insyaa-Allah saya juga akan turut serta dalam memperkayakan buku bacaan dalam genre ini.
Puan Sifu yang dihormati,
Saya berminat juga sektor ini, golongan sasarannya pun saya suka. Insya Allah akan turut serta, sekarang saya kena belajar menulis dahulu!
Post a comment