Friday, February 23, 2007

Pasaran Buku Sastera Remaja Awal dan Remaja Sedang Mengalami Permulaan Boom!

Kita pernah menyaksikan peristiwa ini:

Dua orang suami isteri dari Sarawak berdiri dalam sebuah kedai buku elit, di depan rak sastera remaja PTS. Si ayah memilih buku-buku, manakala isterinya bercakap dalam telefon (kita yakin beliau bercakap dengan anaknya).

Si suami menunjukkan lepas satu buku, satu buku kepada isterinya.

Si isteri membacakan judul-judul buku itu ke dalam telefon. "Matahara," baca si isteri.

"Sudah ada, bang," kata si isteri kepada suaminya. Si suami menunjukkan buku lain pula.

"Irfan," baca si isteri ke dalam telefon.

"Sudah ada, bang," kata si isteri kepada suaminya. Si suami menunjukkan buku lain pula.

"Cili Padi," baca si isteri ke dalam telefon.

"Belum ada, bang," kata si isteri kepada suaminya. Si suami menunjukkan buku lain pula.

Begitulah kedua-dua ibu bapa dari Sarawak itu membelikan buku-buku sastera remaja untuk anaknya yang tidak ikut datang ke Kuala Lumpur.

Kita mengajak penerbit dan penulis buku-buku Melayu supaya masuk ke dalam sektor buku bacaan remaja awal dan remaja.

Sektor ini sedang mengalami 'boom' sebagaimana yang belum pernah kita lihat sebelum ini.

Nota: Adalah sungguh menghairankan, dalam masa kedai buku mengeluh judul sastera remaja tidak cukup banyak, buku-buku remaja DBP sedang dilelong...

Hairan... Hairan...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Penerbitan Buku
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Lagi-lagi Pesta Lelong Buku: Kali ini Pesta Khas bagi Melelong Buku Sastera Remaja DBP Pula Previous entry: Mengapa Buku Saudara Wajib Diulangcetak
Web Sutera  on  02/24  at  06:09 AM

Puan Ainon,

Saya ada beli 2 buah novel remaja PTS, tetapi sudah tidak ingat tajuknya, untuk hadiah hari lahir anak kawan. Hendak tahu apa feedback budak itu? Ayahnya berkata kepada saya, “Di mana engkau beli buku itu? Anak aku minta beli lagi siri sedemikian?

Pasal DBP lelong buku, apa hendak hairan, Puan, bukankah saya selalu kata, DBP hanya pandai cetak buku, jual tidak pandai!
——-

Amiene Rev  on  02/24  at  06:20 AM

Sekarang saya faham sesuatu. Mengenai buku remaja DBP dengan buku remaja PTS. Dari segi penulisannya.

Tiba-tiba saya terfikir satu teknik baru… berkaitan dengan pendidikan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/26  at  04:29 AM

Baru-baru ini saya membawa anak saudara saya, Hanis, 12 tahun ke bandar Kuala Terengganu.  Itu adalah kali pertama beliau keluar dengan saya (beliau tinggal di Selayang, Selangor).  Sebelum ini, kalau balik kampung beliau lebih banyak bersama-sama dengan sepupunya yang lain.

Saya bawa beliau belanja makan dan ke kedai buku (saya suka bawa anak-anak saudara ke kedai buku).  Saya suruh beliau pilih sebuah novel remaja terbitan PTS sebagai hadiah dari saya.

Esoknya, setelah habis membaca novel tersebut, beliau meminta duit dari ibunya untuk membeli lagi novel-novel PTS.  Kakak saya kelihatan ragu-ragu dengan novel tersebut dari segi kualiti dan pengaruh. 

Jadi saya terangkan kepada beliau beza buku PTS dengan novel popular.  Syukur, kakak saya terima pandangan saya (memandangkan saya memang sentiasa berhati-hati dengan penggunaan bahasa sama ada Bahasa Melayu ataupun Inggeris).

Saya akhirnya membelanja anak saudara saya itu dengan 3 lagi novel PTS.  Pertama kali saya melihat Hanis kelihatan seronok bersama-sama saya.


Nota: Saya banyak dapat sahabat baik melalui ikatan ‘buku’.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.