Komitmen PTS Mahu Menerokai dan Mendominasi Pasaran Buku Terjemahan
Di mana-mana negara yang rakyatnya aktif membaca, pasaran buku-buku terjemahan adalah pasaran yang baik. Tetapi pasaran buku terjemahan kita di Malaysia hanya amat baik bagi kategori buku-buku agama sahaja. Saudara masuklah kedai buku agama dan saudara akan dapati 90% buku-buku yang dijual adalah judul-judul terjemahan yang diimpot dari Indonesia.
Selain buku-buku terjemahan agama, dapat dikatakan tidak ada buku terjemahan dalam bidang-bidang lain yang dapat dibeli dalam kedai-kedai buku kita. Apakah barangkali yang menyebabkan para penerbit kita tidak mahu menerbitkan buku-buku terjemahan bagi bidang-bidang ilmu lain?
Ada beberapa kemungkinan:
(a) Pengaruh kegagalan DBP
DBP sudah banyak menerbitkan buku-buku terjemahan tetapi buku-buku itu gagal dijual, sehingga penerbit lain takut hendak menceburkan diri dalam sektor ini. Mereka yakin buku terjemahan tidak laku.
(b) Kualiti penterjemah
Mutu terjemahan dalam buku-buku terbitan DBP tidak cukup tinggi sehingga banyak orang merungut dan mengatakan lebih mudah membacanya dalam bahasa Inggeris. Ini menyebabkan penerbit tidak yakin ada penterjemah yang betul-betul dapat diharap.
(c) Yuran terjemahan
Penterjemah meminta bayaran terjemahan yang terlalu tinggi. Ada yang meminta sampai 15 sen satu perkataan. Takkan ada penerbit swasta yang mampu membayar yuran seperti itu. Dengan kadar itu buku terjemahan terpaksa dijual pada harga lebih RM100 ringgit!
Meskipun terdapat isu-isu seperti di atas, PTS tetap akan menceburi pasaran buku terjemahan kerana pasaran itu memang ada dan banyak buku yang bermanfaat perlu diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu bagi kepentingan pembaca yang memerlukan buku-buku itu.
PTS saat ini sedang membangunkan pasukan penterjemahnya sendiri yang terdiri daripada mereka yang berkongsi aspirasi memandai bangsa.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan Sifu,
saya mungkin sikit kaget kerana PS langsung tak sebut ITNM (badan tunggal rasmi bidang terjemahan) walhal PS bicara soal terjemahan, malah apabila PS sebut DBP - saya anggap agak lewah - dan PS mungkin lebih teremosional. Saya akur PS punya hubungan yang begitu akrab & dalaman dgn DBP. Maklumlah, tempat jatuh lagi dikenang ...
Oh ya, CEO baru ITNM kabarnya akan masuk sebulan dua ini. Budak UIA punya koneksi pak menteri.
Saya setuju saran PS tentang kualiti penterjemah. Soalnya apa yg boleh diharap kerana penterjemah di negara kita hanya dilatih gitu-gitu sahaja. Silibus kursus terjemahan yg ada di USM pun lebih menekan aspek teori, bukan amali.
Sejak “Ayahanda MA” bersuluk di Changat Lobak - belum ada yg jadi gantinya, terutama bab latihan ini.
Ai, ai, ai, jangan begitu dong. Kalau dulu PS jaguhnya perihal upah sang penterjemah hinggakan merajuk menjadi sang pengadaptasi.
Upah penterjemah bukan terlalu tinggi tetapi perlu kepada skim yg lebih anjal.
Upah bagi teks terjemahan komersil perlu dibezakan dengan teks akademik kerana perbezaan matlamat perlu kepada berbeza natijah.
Akhirnya syabas!
Saya penyokong kepada usaha hebat ini.
* akhbar Siasah papar “ITNM : Gajah Putih yg dilupakan” selama 3 minggu berturut-turut”
Tuan Sabri dari Sungai Jatuh!
Tok Guru MA khabarnya sudah mengambil langkah menyaman ITNM di Mahkamah Tinggi tentang kontrak perkhidmatan beliau di ITNM. Ada juga saya dengar khabar angin mengatakan seorang mantan CEO ITNM sudah setuju menjadi saksi kepada Tok Guru MA.
Hmmm… apalah hendak jadi kepada kawan-kawan kita ini. Yang ini kawan, yang itu pun kawan!
Puan Sifu,
saya bukan dari tempat bernama Sungai Jatuh tapi saya jatuh (ke dalam) sungai.
Berkenaan Tok Guru MA, saya pula dengar bukan satu, tapi dua mantan CEO ITNM suka menjadi saksi. Kes ini sudah lama cuma baru Oktober lepas masuk Mahkamah Tinggi KL namun tertunda lagi sebab YA Hakim (seorang wanita) gering. Oh ya, nama saya pun ada dalam senarai saksi.
Ironinya, ada satu lagi kes yg lebih kurang sama sedang menunggu di luar pintu mahkamah.
Saman2 itu tidak berkait bab terjemahan per se tapi akibat kebobrokan pengurusan korporat Melayu.
Ya, bukan sekadar kengkawan kita malah saudara belaka.
Tapi PS tak ulas point yg saya bangkitkan.
Dan tolong umumkan resolusi Persidangan Penterjemahan Antarabangsa, sama ada ambil kira saran PS tentang teori baru dll ..., saya nak hadir tapi tak ada sponsor.
Puan Sifu,
Saya tetap yakin bahawa pasaran untuk buku-buku terjemahan tetap ada. Jepun memandaikan bangsanya melalui penerbitan buku-buku terjemahannya. Tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh berbuat demikian juga. Saya menyokong usaha Puan untuk menghidupkan kembali penerbitan buku terjemahan bagi memastikan gudang ilmu dalam bahasa lain dapat disalurkan ke dalam masyarakat kita melalui bahasa ibunda kita.
Post a comment