Thursday, February 16, 2012

Tip Survival Penterjemah: Pasaran Buku Terjemahan

Pasaran buku terjemahan dalam Bahasa Melayu adalah laut yang masih biru. Laut ini tidaklah besar tetapi ikan dapat hidup dalam laut ini.

Data jualan PTS dan maklumat risikan dari kedai yang dilakukan oleh tim jabatan sales PTS menunjukkan trend berikut:

1. Buku terjemahan yang paling laku adalah dalam sektor agama. Sektor ini paling besar.

2. Ada 2 sumber buku agama yang bagus pasarannya:

a. Judul-judul daripada bahasa Arab. Ini dapat dilakukan dengan menghantar pegawai ke pesta-pesta buku di Timur Tengah bagi menjalin hubungan dengan pemegang harta intelek. Penerbit Arab lebih selesa berurusan mata-dengan-mata.

b. Judul-judul agama karya penulis Indonesia.

3. Bagi judul terjemahan dari bahasa Inggeris, pasarannya lebih kecil dibandingkan dengan pasaran buku agama. Judul yang laku juga berpilih-pilih. Apa yang sangat laku di Amerika belum tentu sangat laku dalam pasaran Malaysia.

4. Judul Amerika yang mempunyai pasaran di Malaysia adalah dalam sektor pembangunan diri.

5. Terjemahan novel-novel teenlit dan ciklit dari Barat tidak mendapat sambutan yang diharapkan. Pasaran remaja tempatan lebih suka membaca karya penulis tempatan.

6. PTS sekarang sedang melakukan eksperimen membuka laut biru buku terjemahan dalam sektor kanak-kanak.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penterjemah: Lesen Hak Menterjemah adalah Urusan Penerbit Previous entry: Tip Survival Penulis: Menulis Buku yang Export-Ready
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/18  at  04:05 PM

Assalamualaikum pn..
bagi saya buku terjemahan mempunyai peminatnya yang tersendiri..jika PTS terus mengurangkan penerbitan buku terjemahan ia merupakan satu kemalapan dalam pengaliran ilmu luar dalam bahasa tempatan..saya memang suka membaca buku terjemahan,malah saya sanggup ke negara jiran bagi memcari buku terjemahan terkini.  teruskan usaha menterjemah buku..niatkan ia sebagai jihad ilmu..negara maju masih lagi meneruskan terjemahan buku bagi keperluan rakyatnya..apatah lagi negara kita yang baru untuk menjaid negara maju, teruskan sahaja usaha ini..buku sebegini tetap ada pengikutnya tersendiri..wassalam

Siti Malini  on  02/21  at  10:58 AM

Dr Awang Sariyan baru menyebut dalam wawancara di Radio IKIM pagi tadi (21 Feb 2012), sejarah membuktikan bangsa yang berjaya dan mencapai tahap ketamadunan yang tinggi mengambil ilmu daripada sumber bahasa lain dan menterjemahkannya ke bahasa bangsa mereka sendiri.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: