Friday, August 08, 2008

Pasaran Buku Terjemahan dalam Bahasa Inggeris: Laporan Kongres Sedunia FIT di Shanghai (i)

Sifu selamat pulang dari Shanghai. Lebih 1,400 orang hadir dan lebih 100 kertas kerja dibentangkan dalam 15 bilik bengkel yang berjalan serentak selama 4 hari. Sebagai penerbit, saya tumpukan perhatian kepada bengkel hakcipta dan perdagangan karya terjemahan.

Beberapa maklumat penting dan sangat relevan kepada kita adalah seperti berikut: 

(i) Laporan dari wakil Amerika memberitahu bahawa pasaran buku-buku sastera terjemahan di negara itu adalah 'very weak', menggunakan kata-kata beliau sendiri.

Saya terkejut juga apabila mengetahui perkara itu. Keadaan ini perlu diambil kira bagi kita di Malaysia yang selama ini percaya kononnya dengan menerbitkan karya dalam bahasa Inggeris maka kita dapat memasarkannya ke Amerika.

(ii) Laporan dari wakil Jerman juga memberitahu pasaran buku-buku terjemahan sastera dan bukan sastera di negaranya tidak besar. Menurut beliau 99% peratus buku terjemahan dicetak antara 2,000 - 3,000 nakshah sahaja.

(iii) Seorang penganalisis pasaran buku terjemahan dari Australia melaporkan, daripada 6,000 judul yang diresensi oleh Publisher's Weekly, tidak sampai 200 adalah buku terjemahan.

(iv) Laporan dari wakil Norway memberitahu pasaran buku-buku terjemahan ke dalam bahasa-bahasa Scandinavia (Denmark, Norway dan Finland) adalah amat aktif. Mereka juga aktif menterjemah daripada bahasa Rusia dan Estonia.

(v) Laporan dari wakil Austria (negara itu menggunakan bahasa Jerman) memberitahu penerbitan karya sastera terjemahan adalah amat berisiko. 

Sifu akan menganalisis maklumat yang diperolehi selama menghadiri kongres sedunia FIT (Federation of International Translators).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kisah Kejayaan (dan Kerugian) Penterjemah Jerman: Laporan Kongres FIT (ii) Previous entry: SABTU 23 Ogos: Bengkel Adaptasi dan KJ Method untuk Bakal Penulis Buku-buku Non-Fiksyen PTS
 on  08/08  at  10:35 AM

Asalamualaikum, Puan Sifu.

Gembira mendengar Puan selamat pergi dan pulang.

 on  08/08  at  03:23 PM

Assalamualaikum,

Alhamdulillah Sifu sudah selamat pulang. Sangat menarik perangkaan-perangkaan yang dilaporkan daripada negara-negara luar negara itu.

Mungkin puan boleh berkongsi juga bagaimana perangkaan pasaran terjemahan negara kita sendiri sekarang ini?

rastom al pusravilingam  on  08/09  at  10:59 AM

YTH Puanku Ainon,

Laporan yang bertanda .....(v) Laporan dari wakil Austria (negara itu menggunakan bahasa Jerman) memberitahu penerbitan karya sastera terjemahan adalah amat berisiko.

Saya keliru. Terjemahan arah mana? Dari BJ ke BI atau sebaliknya? Sepanjang pengetahuan am saya (yang sudah tidak dikemaskini) aktiviti terjemahan buku bahasa dunia ke BJ adalah yang paling aktif sekali jika dibandingkan dengan bahasa lain. Maknanya lebih banyak tajuk tajuk bahasa lain dijermankan. Mohon pencerahan, kerana saya juga sedang giat meningkatkan kefasahan bahasa tersebut disamping sudah ada tawaran dari sana.

 on  08/09  at  11:13 AM

YTH Tuanku al pusravilingam,

Menurut laporan wakil Jerman, memang Jerman aktif menterjemah karya sastera, tetapi 90% dicetak kurang daripada 5 ribu naskhah. Malah 80% dicetak 2 ribu naskhah sahaja. Itulah yang dikatakan ‘berisiko’.

Menurut laporan setiausaha IPA (International Publishers Association - the ‘FIFA’ of book industry) pula:

i. Jumlah cetakan setiap judul Best-sellers semakin jatuh.

ii. Jumlah judul buku yang diterbitkan semakin banyak.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: