Friday, February 19, 2010

Pasaran Ciklit Islami Mempunyai Potensi Besar

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dua buah novel dalam siri Syok! ini adalah alat sosial (social tool) yang digunakan oleh PTS bagi mendorong remaja supaya jangan berfikir mahu berhenti belajar selepas SPM hanya kerana ingin cepat mempunyai duit sendiri, keluar dari rumah, dapat hidup bebas daripada kongkongan ibu bapa, tinggal serumah dengan kawan-kawan sebaya, dengan cara mencari pekerjaan.

Cerita-cerita dalam dua novel ini menggunakan setting kehidupan di kolej dan universiti yang penuh dengan pelbagai aspek yang menarik dan menyeronokkan di dalam kampus. 

Tujuan novel-novel ini adalah memberikan gambaran kepada remaja yang sedang belajar di sekolah menengah bahawa dunia kuliah adalah jauh lebih menyeronokkan dan penuh makna dibandingkan dengan dunia bekerja di restoran makanan segera, sebagai contoh.

PTS komited pada misi membekalkan kepada golongan remaja urban bahan-bahan bacaan genre fiksyen yang syariah-compliant dan dapat memandaikan mereka apabila membacanya. Inilah yang mendorong PTS menerbitkan pelbagai genre yang cerita dan mesej-mesejnya selaras dengan nilai-nilai universal yang murni.

Novel-novel ciklit dalam siri Syok! diterbitkan oleh 2 buah anak syarikat PTS iaitu PTS One Sdn. Bhd. dan PTS Litera Utama Sdn Bhd. Semua novel dalam siri Syok! adalah bertemakan usaha mencapai kejayaan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Cabaran Membuka Laut Biru Novel Fantasi: Mengubah Prejudis Negatif Ibu Bapa dan Guru Previous entry: Teori dan Teknik Surah Yusuf: Keindahan daripada Suatu Kejahatan

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.