Wednesday, December 10, 2008

Pasaran Fiksyen Bisnes

Ada Hadis yang bermaksud: “Tempat peniaga yang jujur dan amanah adalah bersama nabi-nabi, para siddiqin dan para syuhada.”

Hadis itulah yang mendorong PTS PROFESSIONAL menerbitkan buku-buku fiksyen bisnes. 

Buku-buku fiksyen bisnes mempunyai appealnya sendiri kepada pembaca yang sedang dalam proses memotivasi diri sendiri ke arah menerjuni dunia perniagaan.

Pada bila-bila masa sentiasa ada orang-orang yang baru mula hendak berjinak-jinak dengan angan-angan mahu menjadi peniaga dan usahawan. Golongan inilah yang menjadi pembeli buku-buku motivasi bisnes dalam bentuk fiksyen.

Menulis buku fiksyen bisnes memerlukan gabungan bakat penulisan kreatif dan pengetahuan tentang perkara-perkara yang paling asas dalam kerjaya bisnes.

Razzi Armansur, ataupun nama popularnya Kang Razzi, adalah penulis fiksyen bisnes dalam Bahasa Melayu yang paling banyak bukunya. Bacalah buku-buku beliau bagi mendapatkan gambaran kasar tentang genre ini. 

Buku-buku motivasi jenis fiksyen bisnes mempunyai ciri-ciri evergreen. Pasarannya baik. Pengarangnya juga mempunyai peluang menjadi motivator, dengan itu beliau mempunyai 2 sumber pendapatan yakni daripada royalti buku dan daripada yuran ceramah dan sesi training. 

PTS sedang mencari lebih banyak 'Kang Razzi'. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Apabila Ekonomi Merudum Orang Ramai Mulai Meninggalkan Mall dan Pergi ke Hipermarket Previous entry: Trend Positif Jualan Buku Melayu
Riduan Khairi  on  01/07  at  07:45 AM

Salamualaikum Sifu yang saya hormati.

Saya sekarang sedang menelaah buku Law of Attraction terbitan Pts.

Imran Yusuf  on  01/07  at  09:19 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Saya ada idea untuk menulis buku genre ini. Banyak maklumat bersumberkan cerita dan pengalaman.

Bagaimana pula cerita-cerita genre ‘ala-ala korporat’? Ada pasaran jugakah?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.