Monday, September 26, 2011

Pasaran Komik Melayu

Foto di atas menunjukkan showroom Syarikat Lee, sebuah pengedar komik-komik dalam bahasa Cina dan Melayu yang menguasai pasaran newstand di kedai-kedai runcit seluruh negeri Kelantan. PTS sudah melantik Syarikat Lee bagi mengedarkan Komik-M kepada pelanggan-pelanggannya.

Menembusi pasaran komik tidak serupa dengan menembusi pasaran buku disebabkan faktor-faktor berikut:

1. Pengedar buku hanya mengedarkan buku kepada kedai-kedai buku. Pengedar buku tidak mengedarkan komik.

2. Komik diedarkan oleh pengedar-pengedar komik, sebagaimana majalah diedarkan oleh pengedar-pengedar majalah.

3. Bukan semua kedai buku menjual komik. Sebagai contoh, kedai-kedai buku agama tidak menjual komik. Malah 99% komik dijual oleh kedai-kedai runcit.

4. Pembaca komik pula tidak semestinya suka membaca buku, jadi mereka belum tentu memasuki kedai-kedai buku.

NOTA: Berniaga dengan kedai-kedai runcit adalah kemahiran yang tidak dimiliki oleh pengedar buku.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Komik-M Memasuki Pasaran Kedai-Kedai Newstand di Kelantan Previous entry: Komik-M Semakin Agresif Dipasarkan
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/30  at  06:52 AM

Sekiranya isu pasaran komik Melayu yang dipaparkan oleh Puan ini tepat, saya setuju.

Pasaran komik Melayu walaupun ‘niche’ namun prospek dan potensinya sangat besar malah menjanjikan pulangan pasaran yang baik sekiranya dapat ditangani dengan baik juga. Usaha PTS adalah salah satu usaha yang baik itu.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.