Pasaran Laut Biru Novel Remaja dalam Bahasa Cina
Pada masa ini pasaran novel-novel remaja dalam bahasa Inggeris sedang mengalami zaman suram. Semenjak kejayaan siri Harry Potter, tidak ada siri lain yang jualannya meletup-letup.
Dalam perkembangan terbaru, pasaran novel remaja dalam bahasa Melayu dan bahasa Cina karya penulis-penulis tempatan pula yang sedang meletup-letup.
Jika Pn. Ain Maisarah adalah nama novelis remaja yang paling ngetop bagi sektor bahasa Melayu, dalam sektor bahasa Cina, nama yang paling ngetop adalah Tn. Khor Ewe Ping (foto - kanan sekali).
Dari pejabatnya di Cheras, Kuala Lumpur, Tn. Khor menulis dan menerbitkan novel-novel fantasi ala-ala Harry Potter. Siri beliau dikenali sebagai siri Odanata. Baca cerita selanjutnya di sini.
Sebelum ini, pasaran buku Cina di negara ini dipenuhi dengan buku-buku yang dimport dari Hong Kong, Taiwan dan China.
Kebangkitan pasaran buku-buku Cina sangat menguntungkan rangkaian kedai buku POPULAR yang menjadi penjual buku-buku Cina terbesar di negara ini. Di satu pihak lain, rangkaian seperti MPH yang tidak menjual judul-judul Cina perlu memikirkan sampai bila ia akan mengekalkan posisinya sebagai kedai buku Inggeris yang terbaik di Malaysia.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment