Tip Survival Penulis: Buku untuk Pasaran Niche - Aplikasi Teori ‘Long Tail’
![]()
![]()
Sebagai penulis, sebelum mula menuliskan sesebuah buku itu, tentukan dahulu apakah kita mahu memasuki (i) pasaran am ataupun (ii) pasaran niche.
Pasaran niche adalah pasaran kecil yang sangat khusus sifatnya. Pasaran itu ada tetapi disebabkan ia bersifat niche, lazimnya penerbit tidak berminat memasuki pasaran itu. Mereka lebih suka memasuki pasaran am yang lebih besar.
Disebabkan pasaran niche sering diabaikan, apabila kita memasuki pasaran ini kita tidak mempunyai banyak pesaing, malah ada kalanya langsung tidak ada pesaing.
Buku 'Saya Sayang Papa' adalah contoh buku yang ditargetkan kepada pasaran am. Manakala buku 'Misteri Ayam Beracun' adalah contoh buku cerita remaja awal yang ditulis khusus untuk pembaca yang mahukan cerita-cerita bertemakan agama yang terang dan jelas.
Nama siri itu adalah 'Lebai Cilik'. Perkataan 'lebai' hanya mempunyai appeal pada kelompok yang relatif kecil.
Gambar kanak-kanak dan orang tua yang memakai kopiah pada cover 'Misteri Ayam Beracun' menyebabkan pembeli buku golongan bukan Islam, dan orang Melayu yang hidup dengan mengamalkan budaya urban, modern dan kebarat-baratan tidak berminat membeli buku itu.
Nota: PTS adalah sebuah penerbit yang mengamalkan pendekatan long-tail. Teori pasaran long-tail (ekor panjang) mengatakan, dengan terbukanya sektor ekonomi jual-beli dengan menggunakan internet, maka pembeli semakin mahukan produk-produk yang dikeluarkan khusus bagi memenuhi keperluan mereka sahaja. Mereka tidak mahu lagi produk yang terlalu am sifatnya. Ini bermakna para pengeluar mestilah mengeluarkan banyak jenis produk, setiap edisi dikhususkan untuk pembeli yang spesifik dan relatif kecil jumlahnya.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment