Pasaran Novel Cinta: Apakah Ada Pilihan Lain?
Inilah respons Sifu kepada pertanyaan Tan Sri Kang:
Bagi membuat ramalan apakah kejatuhan jualan novel cinta sekarang ini sementara ataupun berpanjangan, kita perlu mengemukakan hipotesis.
1. Kejatuhan ini akan berpanjangan jika penulis dan penerbit terus menghasilkan novel-novel yang serupa isi kandungannya, dan gaya penyampaiannya. (Kalau bukan 2 ekor serigala berebut 1 ekor kambing, pastilah dua ekor kambing berebut 1 ekor serigala.)
2. Kejatuhan ini dapat naik semula jikalau penulis dan penerbit menawarkan novel-novel cinta yang mempunyai unsur pembaharuan dan kelainan kepada pembaca.
Cabaran bagi penerbit seperti Creative dan Alaf21 adalah, di mana mahu dicari pembaharuan dan kelainan itu?
Mula-mula, Creative dan Alaf21 mesti berani berhenti menerbitkan novel-novel yang serupa seperti sekarang.
Sebagai gantinya ada beberapa alternatif:
1. Gantikan dengan novel-novel cinta terjemahan dari Jepun, Korea, Mesir, UK, USA dan lain-lain negara.
2. Bawa masuk novel-novel cinta dari Indonesia dan terbitkan semula sebagai edisi Malaysia.
3. Pupuk bakat-bakat baru yang tidak pernah membaca novel-novel cinta yang ada sekarang, oleh itu mindset mereka memang berlainan.
Alternatif (3) adalah strategi kerja PTS!
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Sangat menarik! Inilah dunia bisnes sebenarnya yang tidak ada penglipurlara! Kreativiti amat penting dalam bisnes.
Strategi “new blood” yang No. 3 itu sudahkah ada kesannya, Mbakyu?
Agaknya, bolehkah teori “cycle” digunakan dalam industri penerbitan? Dalam industri muzik memang ada “cycle”—biasanya 10 tahun masa untuk bertahan—rock, balada, dangdut, nasyid, rap.
——-
Tan Sri Kang,
Semua penulis PTS adalah penulis baru! Lihatlah bagaimana PTS berkembang purata 60% setahun, sedangkan KDNK negara pun naik cuma 6% setahun.
Tentang ‘cycle’ itu nanti saya jawab dalam entri, sebab ia isu penting dalam bisnes.
Puan Sri Sifu, Tan Sri Kang,
Muzik yang dikatakan retro dan alternatif itu esensinya hanyalah kitaran semula yang lama dengan pemain muda tambah gadget sana sini. Mungkin juga begitu dalam penulisan?
Post a comment