Wednesday, September 26, 2007

Pasaran Novel Remaja: Perkembangan Terkini

Pasaran novel awal remaja dan remaja sedang meningkat dengan bagus sekarang. Data jualan PTS bagi kedua-dua kategori ini menunjukkan perkembangan yang amat sihat, yakni setiap tahun semakin meningkat.

Kita tahu perkembangan ini diperhatikan dengan serius oleh penerbit-penerbit milik pelabur Cina kerana mereka mula bertanya-tanya bagaimana keadaan pasaran novel-novel remaja sekarang.

Penerbit-penerbit Cina itu sebelum ini tidak berminat menceburi kategori buku komersial yang dijual di kedai-kedai buku kerana bisnes mereka adalah menjadi kontraktor skim pinjaman buku teks dari Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan menerbitkan buku-buku berset yang mahal tidak masuk akal, dan dijual secara direct ke sekolah-sekolah.

Apabila menteri pelajaran membuat pengumuman semua murid akan menerima buku teks pinjaman, penerbit-penerbit itu dalam keadaan ‘bingung’ kerana dasar itu menyebabkan mereka kehilangan bisnes utama mereka. Justeru mereka mencari-cari bidang penerbitan baru bagi diceburi.

Bagi PTS, kita mengambil perhatian serius perkembangan terbaru ini. Kemasukan penerbit-penerbit Cina ke dalam pasaran novel remaja boleh mengancam kedudukan PTS ONE, anak syarikat PTS yang khusus menggulati sektor ini.

Penerbit-penerbit Cina itu mempunyai wang bagi membeli dan membayar tunai manuskrip yang dihantar oleh penulis. Mereka tidak berminat dengan sistem royalti kerana ia lebih mahal oleh itu mengurangkan keuntungan mereka. Wang mereka itu dapat menarik penulis-penulis yang memerlukan wang segera.

Kemasukan mereka ke dalam pasaran akan menyebabkan berlakunya lambakan novel remaja dalam kedai-kedai buku, serupa dengan fenomena yang sedang berlaku dengan kategori novel cinta saat ini.

Bagi PTS, hanya ada satu strategi bagi mengekalkan kedudukannya dalam pasaran iaitu menerbitkan novel-novel berkualiti tinggi dengan idea-idea dan tema-tema baru dari masa ke masa.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pasaran Buku Superstar lawan Buku Long Tail Previous entry: Buku ini Seminggu Terbit Sudah Habis dalam Setor
Tanaman Hias  on  05/16  at  04:20 PM

Mari terbitkan novel - novel yang berkualitas.
Semangat terus buat Mba Puan Ainon, Mohd

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.