Friday, November 16, 2007

Khutbah Jumaat PTS: Masuk Pasaran dengan Strategi Jamaah

Islam mengajarkan supaya kepentingan ramai lebih diutamakan daripada kepentingan individu. Ertinya, kita dikehendaki supaya survive dalam kumpulan, jangan hanya mahu survive sendiri-sendirian.

Nabi Muhammad pernah berpesan dengan mengatakan bahawa kambing yang dibaham serigala adalah kambing yang keluar daripada kumpulannya. Pesanan Nabi Muhammad itu perlu disematkan dalam jiwa para penulis dan penerbit buku-buku Melayu.  

Salah satu sikap di kalangan para penulis yang dapat merugikan diri penulis sendiri adalah sikap mahu jadi penulis unik dan mahu menghasilkan karya unik. Sikap ini lebih ketara di kalangan penulis sastera-sasteraan. Impian penulis yang hanya mahu menulis karya yang lari daripada kebiasaan, yang lain-daripada-yang-lain, menyebabkan hanya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sahaja yang berani menerbitkan karya-karya seperti itu.

Apakah disebabkan DBP tidak pandai menjual buku, maka novel-novel terbitan DBP gagal dalam pasaran? Ataukah disebabkan DBP menerbitkan karya-karya seperti yang diterbitkannya itu maka organisasi itu gagal menjual karya-karya terbitannya? Ataukah kedua-duanya sekali?

PTS komited kepada perjuangan memartabatkan semua genre karya sastera Melayu yang syariah-compliant, dan kita mempunyai strategi dan langkah-langkah yang jelas bagaimana kita memasarkan judul-judul kreatif PTS ke dalam pasaran. 

Strategi yang paling utama adalah dengan memasuki pasaran secara berkumpulan. Ertinya, PTS akan menerbitkan banyak judul dalam kategori yang sama secara konsisten.

Sebagai contoh, apabila PTS memasuki pasaran novel remaja, kita mulakan dengan menubuhkan sekumpulan penulis novel-novel remaja, dan mereka menulis dengan menggunakan panduan-panduan yang di-design oleh PTS, supaya semua karya remaja terbitan PTS memiliki ciri-ciri yang serupa. Ini membolehkan novel-novel remaja PTS cepat terkenal dalam pasaran, dan cepat dapat membangunkan kelompok peminatnya sendiri.

Justeru, sekiranya kita mahu memperkenalkan sastera Islami aliran Muhd. Afandi Hassan dengan mazhab teori wacananya, perlu ada sekumpulan penulis yang secara konsisten dan bersama-sama, menghasilkan banyak dan pelbagai karya dengan menggunakan teori itu, barulah teori itu nanti dapat mencipta kesan penting yang berkekalan dalam sejarah perkembangan sastera Melayu.

Jumlah karya yang banyak juga penting dalam pemasaran karya sastera. Teori "supermarket effect" perlu digunakan dalam pemasaran sastera. Rak-rak karya sastera mesti besar dan banyak dalam kedai-kedai buku, barulah pengunjung kedai berminat pergi ke seksyen sastera Melayu.

Sekali lagi, kambing yang keluar dari kumpulan lebih mudah dibaham serigala.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Khutbah Jumaat
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat Pilihan: Tip Memasuki Pasaran Buku Cina Previous entry: Memilih Judul Buku: Perkataan Laku, Perkataan Tak Laku

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: