Tuesday, October 11, 2011

Strategi Meneroka Pasaran Remaja Awal Lelaki

Pada masa ini jualan buku-buku untuk remaja lelaki tidak serancak jualan buku-buku remaja perempuan. Inilah faktor yang menyebabkan majoriti penerbit Melayu memfokuskan bisnes mereka kepada remaja perempuan, sehingga berlakunya fenomena lambakan buku remaja perempuan dalam pasaran -- suatu keadaan yang merugikan semua pihak.

Pasaran remaja lelaki mempunyai potensi, namun sektor ini masih belum berjaya kita kembangkan. Ini isu ayam dengan telur. Disebabkan penerbit tidak mahu menerbitkan buku untuk remaja lelaki maka akibatnya remaja lelaki tidak mempunyai banyak pilihan, akibatnya mereka tidak gemar membeli, akibatnya penerbit tidak mahu menerbitkan judul untuk mereka, dan begitulah seterusnya.

Dari sudut bisnes, disebabkan pembeli remaja lelaki masih kecil, buku-buku remaja lelaki perlu dijual kepada remaja perempuan juga.

Manakala remaja lelaki tidak membaca buku remaja perempuan, sebaliknya remaja perempuan juga mahu membaca buku remaja lelaki.

Antara langkah-langkah yang dapat digunakan bagi mengembangkan pasaran buku remaja lelaki adalah dengan melakukan strategi di bawah ini, supaya dengan itu barulah buku itu dibeli baik oleh remaja lelaki mahupun oleh remaja perempuan.

1. Desain kulit bagi buku-buku yang ditargetkan kepada remaja lelaki perlu menarik kepada mata remaja perempuan juga.

2. Walaupun heronya lelaki, watak perempuan perlu ada dalam cerita.

3. Nama pengarang perlu neutral, yakni tidak terlalu lelaki dan tidak terlalu perempuan.

4. Tajuk buku perlu neutral.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Menjadikan Novel Gedik Media Pendidikan Tauhid Previous entry: Kempen Promosi PTS di Blog CikEpal
ahmadyani  on  10/12  at  02:27 PM

Perlukah menggunakan nama samaran kalau nama sebenarnya tidak neutral?

Ibu Waiz  on  10/12  at  05:27 PM

Salam Puan Sifu yang dikasihi,

Ya Allah, rahmatilah guru kami, Puan Sifu Ainon, dengan segala ilmu yang diturunkan kepada kami, melalui beliau. Amin.

Puan,

Kami mempunyai tiga orang anak lelaki. Tingkatan 3, Darjah 4 dan lima tahun. Tingkatan 3 dan Darjah 4 meminati Komik Lawak Kampus, versi Bahasa Malaysia.
Pemerhatian yang kami perolehi:

1) Pelajar lelaki hanya membeli Komik yang mereka minat sahaja. Harga kurang dari RM10.00 Lawak Kampus = RM 7.50, Full Colour.
2) Rata-rata pelajar lelaki di Sek. Taman Melawati (2)membawa Komik ini ke Sekolah dan membacanya semasa menunggu perhimpunan diadakan. Guru Besar galakkan para pelajar membaca buku..Buku Cerita..Komik M dan Lawak Kampus berbentuk binding, dan tidak dilihat sebagai majallah. (Andaian kami)

Strategi Popular: Kedai Buku Popular membuat “binding” menjadikannya sebuah buku; kompilasi mantap, dan menjualnya dengan harga RM29.90 Kulitnya berwarna merah darah.

3) Semasa Pesta Buku Popular @ KLCC 2011, sesi tandatangan bersama pelukis kartun, didapati pelajar-pelajar lelaki melayu IPTA/IPTS juga membeli, tetapi hanya membeli sebuah sahaja buku kompilasi. Harga promosi RM 19.90 Mungkin duit sudah habis..beraya.

4) Pelajar Awal Remaja lelaki sangat kedekut.

5) Tetapi jika mereka sudah suka, mereka akan ikut Siri itu. Sehingga kini, Lawak Kampus terkini adalah Jilid 11.

6) Komik-M PTS, hanya akan dibeli oleh anak lelaki kami apabila ada tajuk dan gambar yang berkaitan dengan remaja lelaki. Ada tiga tajuk yang mereka beli sendiri, dengan duit mereka.
a) Aku, Kau & Komik #1
b) Aku, Kau & Bola
c) Misi 8A
Nota: Lawak Kampus tiada mempunyai tajuk. Lawak Kampus itulah tajuknya!

p/s: Anak lelaki saya betanya,“Ibu, bila agaknya Universiti Terbuka PTS itu mahu buka semula?” “Sudah lama tidak mendengar Kursus Puan Ainon, ibu.” smile

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/15  at  01:48 PM

Salam puan ainon,

1)  “Manakala remaja lelaki tidak membaca buku remaja perempuan, sebaliknya remaja perempuan juga mahu membaca buku remaja lelaki”
- Yang ini saya setuju.Buku terlaris dikalangan anak kecil & remaja yakni siri Harry Potter adalah buktinya.Buku yang asalnya disasarkan kepada budak lelaki didapati turut menarik perhatian budak perempuan.

2)  “Desain kulit bagi buku-buku yang ditargetkan kepada remaja lelaki perlu menarik kepada mata remaja perempuan juga”
-  Design bagaimana puan? berwarna-warni & dipenuhi benda2 comel seperti novel remaja pts? semestinya design sebegini akan menjauhkan budak2 lelaki dari novel remaja lelaki puan.
-  Cadangan saya: gunakan pembuat design cover lelaki atau rujuk pada cover novel2 ringan dari jepun (japanese light novel).

3)  “Walaupun heronya lelaki, watak perempuan perlu ada dalam cerita”
-  Rasanya tiada masalah. Semua novel untuk lelaki rasanya mempunyai watak perempuan (kecualilah jika mereka tidak berpijak di bumi nyata). Jika ada watak perempuan, elakkan unsur2 feminsime, persamaan gender atau melebih-lebihkan watak perempuan tersebut. ini hanya akan menyakitkan hati pembaca2 lelaki & membuat mereka meletakkan novel tersebut kembali ke tempat asalnya.

Kalau puan ingin mengembangkan pasaran novel remaja lelaki, rujukan yang terbaik selain novel2 kontemporari barat (seperti siri Harry Potter) adalah novel2 ringan dari jepun (ceritanya mudah, menarik, kadangkala kelakar & ada kreativiti dari segi penyampaian jalan cerita)

Sekadar pandangan dari seorang lelaki dewasa(yang dahulnya pernah malalui zaman kanak2 dan remaja)

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.