PTS Membuka Pasaran Sastera Rakyat yang Syariah-Compliant
Semua bangsa mempunyai khazanah sastera rakyatnya masing-masing. Buku-buku sastera rakyat bersifat evergreen, meskipun jualannya tidak meletup-letup, namun pasarannya menjanjikan perolehan royalti yang selesa.
Pembaca utama sastera rakyat adalah kanak-kanak dan remaja perempuan.
PTS ONE Sdn Bhd. menerokai pasaran buku-buku sastera rakyat dengan memperkenalkan cerita-cerita sastera rakyat yang syariah-compliant dengan memperkenalkan cerita-cerita yang baru dicipta oleh penulis-penulis PTS sendiri, dan ditulis menggunakan gaya bahasa yang berbau klasik sedikit-sedikit.
Pasaran sastera rakyat adalah pasaran yang baik dan menguntungkan apabila diterokai dengan serius.
Peminat sastera rakyat sentiasa ada, hanya produknya yang belum cukup banyak, baik dari segi jumlah judul mahupun kepelbagaian tema dan cerita.
Pada masa ini belum ada nama-nama besar yang mendominasi genre ini. Jika sastera remaja popular sudah mempunyai Ain Maisarah, Farihah Iskandar, Aizam Aiman dan Ezee Rahmani, genre sastera rakyat belum mempunyai nama-nama besar seperti itu. Justeru ia memberikan peluang kepada penulis yang memiliki bakat yang mahu mengumpulkan peminat yang banyak.
Nota: (Dr.) Umi Kalthum Ngah adalah pensyarah di fakulti kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM).
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006



Post a comment