Sunday, October 25, 2009

Pasaran Sastera Remaja Sangat Bagus

Pasaran sastera remaja adalah pasaran yang sedang berkembang dengan menggebu-gebu. Ini adalah petanda yang sangat bagus bagi para penerbit buku Melayu.

Sebagai contoh, data jualan buku-buku terbitan PTS One Sdn. Bhd. adalah seperti di bawah (sebelum diskaun kepada agen):

Tahun 2006 - RM2.2 juta

Tahun 2007 - RM3.9 juta

Tahun 2008 - RM5. 7 juta

Remaja yang gemar membaca diramalkan akan terus gemar membaca apabila mereka dewasa. Ini penting bagi penerbitan dan pemasaran buku-buku bacaan dewasa.

Apa yang diperlukan sekarang adalah mempelbagaikan genre sastera remaja. Pada masa sekarang sastera remaja yang mendapat sambutan hangat adalah sastera bagi bacaan remaja perempuan, manakala pasaran remaja lelaki masih belum berkembang dengan baik.

Kita masih tercari-cari kunci bagi membuka pintu pasaran sastera remaja lelaki pula....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Memilih Tema Buku yang Mahu Ditulis Previous entry: PTS Menterjemahkan Quran ke Bahasa Iban dan Kadazan
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/25  at  09:56 AM

Saya fikir kuncinya boleh dilihat kepada anak remaja kita sendiri. Ini boleh dilihat secara pemerhatian terus. Mungkin anak remaja kita tidak boleh dijadikan sampel bagi mewakili seluruh remaja namun setidak-tidaknya sebagai petunjuk. Anak-anak lelaki sekitar usia 9-15 tahun suka ‘pomen’ barang-barang yang ada. Mereka suka cipta sesuatu benda yang pelik dan sangat berminat untuk mengetahui apa yang ada di dalam barang yang dihadiahkan. Sebagai contohnya jam atau basikal. Jam itu kalau boleh dibuka maka akan dibuka dari belakang untuk lihat isinya. Basikal pula akan dibuka rodanya(sebab suka lihat cara bagaimana basikal itu boleh berfungsi). Selepas umur 15 tahun mereka mungkin ikut rentak rakan sebaya di sekeliling mereka sebab ingin mencari jati diri. Mereka meminati idola mereka atau idola kumpulan rakan sebaya mereka. Pada peringkat ini cinta sudah bertapak( cinta monyet). Pengalaman saya di sekolah menunjukkan pelajar lelaki tingkatan 2 sudah bercinta secara serius dengan pelajar seusia atau lebih rendah usianya berbanding mereka. Surat yang ditulis juga menggunakan bahasa-bahasa berbunga (dalam istilahnya pandai tekan ayat). Mungkinkah ini sebahagian daripada kunci yang boleh dibincangkan?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/26  at  04:48 PM

kalau saya masa remaja dulu saya suka baca :

1) Hero yang sangat cool (contohnya ada satu novel
yang saya suka berkenaan seorang yang sangat alim
tetapi sangat cool juga iaitu dia pandai main gitar
dan pandai main bola sepak - cool habis)

2) Hero (atau hero-hero) yang genius (7 sekawan, 5 sekawan, conan, Hajime Kindaichi)

3) Hero bersifat adiwira (Kapten Malaysia, Budak Psikik)

4) Cerita yang kelakar! (Jibam)

5) Cerita yang futuristik @ Sai-Fai (Jailiani Taslim)

Saya tidak tahu dengan remaja lain, tetapi saya sangat
tidak menyukai cerita yang setting masanya pada zaman dahulukala. Novel-novel seperti ‘Hikayat Lang Guana Dan Hang Setiu’ atau ‘Takluk Sagat’ memang saya akan cuba hindarkan.

Itu sahaja pendapat dari saya yang pernah remaja ini.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: