Thursday, December 21, 2006

Pasaran Tema Cinta dan Novel Cinta

Pasaran tema cinta adalah evergreen, ertinya, sampai bila-bila pun novel cinta akan dibeli orang. Jadi, rugilah jikalau ada penerbit tradebooks yang tidak mahu menceburi pasaran novel cinta.

Bagi penerbit besar yang mahu menjaga imejnya, lazimnya mereka menubuhkan unit ataupun subsidiari yang khusus menerbitkan novel-novel ringan, termasuk, novel cinta.

Dalam kategori novel cinta, yang berbeza adalah gaya bagaimana tema cinta itu dihidangkan kepada pembaca. Unsur 'gaya' inilah yang sangat mempengaruhi (a) status karya itu sebagai novel sastera ataupun novel picisan, dan (b) hayat novel cinta itu sebagai produk konsumer.

Pada masa ini, trend di Amerika, tema cinta dihidangkan dengan disertai adegan-adegan 'panas' yang lebih pekat, dan nampaknya sambutan pasaran bagus sekali. Novel MEMOIR OF A GEISHA adalah suatu contoh trend ini.

Novel cinta mempunyai sub-genrenya seperti war romance, spy romance, thriller romance, historical romance, horror romance, fantacy romance, religous romance, dan lain-lain.

Kejatuhan mendadak dan pesat angka jaulan novel cinta sekarang ada kaitannya dengan gaya yang tidak berubah sejak sekitar 10 tahun yang lalu.

Penerbit ikut-ikutan yang masuk ke dalam pasaran novel cinta pun masuk dengan tidak menawarkan gaya yang berbeza daripada gaya novel-novel cinta terbitan Creative dan Alaf21.

Jadi, mulai Julai 2006 yang lalu, PTS sudah pun masuk pasaran novel cinta dengan memperkenalkan genre religous romance. Tema cinta ditulis menggunakan gabungan genre jibunsyi dan teknik surah Yusuf. Novel Mencari Dewasa oleh ZA Imad adalah sebuah novel cinta.

Dengan menganjurkan Lomba Menulis Novel Cinta Remaja Islami, pada 2007 PTS akan dapat menawarkan lebih banyak karya genre religous romance kepada penimat novel cinta tanah air yang sedang menunggu-nunggu kelainan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pukulan Banjir ke Atas Bisnes Buku Previous entry: Bahasa: Antara Punca Filem Malaysia Gagal di Indonesia

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: