Tuesday, December 11, 2007

Pasaran Terjemahan dan Kisah Salesman Kasut

Dalam seminar pemasaran, ada mitos orang bisnes yang kerap diulang-ulang oleh pemimpin seminar. Mitos itu bunyinya begini:

Ada sebuah kilang kasut. Pengurus kilang itu menghantar 2 orang salesmannya ke sebuah negeri bagi mengkaji kemungkinan dapat mengekspot kasut ke negeri itu.

Apabila mereka tiba ke negeri itu, Encik Salesman A terkejut melihat rakyat negeri itu cuma memakai sandal, tidak ada orang memakai kasut. Rajanya pun memakai sandal. Lalu dia segera menelefon bosnya mengatakan, "Di sini tidak ada pasaran buat kasut kita! Orang di sini tidak mahu kasut. Tidak ada orang memakai kasut!"

Salesman B pula, apabila dia melihat keadaan itu, dia amat gembira. Langsung dia menelefon bosnya dan berkata, "Tuan, kita sudah berjumpa pasaran dara! Rakyat negeri ini perlukan kasut tetapi tidak ada kilang pembuat kasut di sini!" 

Pada masa ini, apabila saudara masuk kedai buku seperti MPH, POPULAR, BORDERS, KINOKUNIYA dan lain-lain, sakit mata saudara hendak mencari buku-buku terjemahan Melayu. Tidak ada. Kalau ada pun, entah di rak mana buku terjemahan itu, tersorok dan terselit-selit antara ribuan buku-buku lain.

Keadaan begini menyebabkan penerbit jenis Salesman A tidak berani melabur ke dalam sektor buku terjemahan. Bagi mereka, realiti bahawa dalam kedai buku tidak ada rak karya terjemahan adalah bukti bahawa memang pasaran buku terjemahan tidak ada. Orang tidak mahu buku terjemahan. Buku terjemahan tidak laku dijual.

Kita berpandangan seperti Salesman B. Dalam kedai-kedai buku tidak ada buku-buku terjemahan bukan disebabkan orang tidak mahu membaca buku terjemahan. Subhanallah! Buku-bukunya yang tidak ada!

Justeru sektor buku terjemahan adalah sektor pasaran yang masih dara. Sektor itu belum ada pemainnya. Kata orang sekarang, pasaran Laut Biru. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Terjemahan
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Penerbit dan Rasuah: Bisnes Turun tetapi Keuntungan Naik Previous entry: Surat Pilihan: Laut Biru Terjemahan
omecool20  on  12/11  at  04:55 PM

Saya amat bersetuju dengan kata2 sifu. Banyak buku bisness dalam Bahasa Inggeris yang saya lihat ada potensi untuk dibaca oleh usahawan kita. Dengan adanya versi terjemahan, ia boleh dibaca oleh lebih ramai usahawan pada harga yang lebih berpatutan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/12  at  09:27 AM

Puan Sifu,

Salam.

Sememangnya pasaran penterjemahan di Malaysia adalah pasaran laut biru! Saya sudah lama menyedari keadaan itu tetapi sudah sekian lama , badan-badan penerbitan terjemahan yang sedia ada tidak pernah merangka strategi pemasaran yang agresif untuk mewujudkan permintaan terhadap buku-buku terjemahan.

Kebanyakan penerbit di Malaysia lebih banyak menggunakan pendekatan reaktif - melihat respons pembaca terhadap produk-produk yang diterbitkan oleh penerbit lain kemudian barulah memulakan langkah untuk menerbitkan produk yang sudah menjadi best-seller.

Langkah PTS untuk memulakan projek terjemahan adalah pendekatan proaktif.  Permintaan untuk buku terjemahan memang ada tetapi ianya “dormant”. Dalam era globalisasi ini, tentunya pembaca-pembaca buku Bahasa Melayu di Malaysia dahagakan ilmu dan buah fikiran dari negara-negara luar dan kadar pemindahan ilmu ke dalam Malaysia hanya boleh menjadi pantas melalui terjemahan karya-karya asing dari negara maju sama seperti yang dilakukan oleh Jepun.

Saya sokong inisiatif Puan Sifu dan PTS dalam menerokai pasaran biru terjemahan. Pada pendapat saya, dalam keadaan pasaran sekarang, peranan penerbit juga harus meliputi menerbitkan bahan bacaan bagi mewujudkan permintaan dan mencorak gaya pembacaan masyarakat moden selain daripada hanya menerbitkan bahan bacaan kerana adanya permintaan di dalam pasaran.

Sekian. Wassalam.

Along_Safa  on  12/12  at  01:29 PM

Kita berpandangan seperti Salesman B. Dalam kedai-kedai buku tidak ada buku-buku terjemahan bukan disebabkan orang tidak mahu membaca buku terjemahan. Subhanallah! Buku-bukunya yang tidak ada!

-merujuk perenggan di atas, pada ayat ‘Dalam kedai-kedai buku tidak ada buku-buku terjemahan bukan disebabkan orang tidak mahu membaca buku terjemahan’.

Seperti yang saya tahu, di dalam satu ayat tidak boleh ada dua perkataan berganda. Maafkan saya jika teori ini tidak benar. Puan Sifu lebih arif berkaitan tatabahasa ini.

Ayat cadangan dari saya:
‘Dalam kebanyakan kedai buku tidak ada buku-buku terjemahan bukan disebabkan orang tidak mahu membaca buku terjemahan’

Sekian terima kasih.

Dr Azwan  on  12/13  at  12:21 AM

Puan Ainon,

Saya pernah ke Indonesia beberapa tahun lalu. Saya berkursus elektif perubatan selama sebulan di Universiti Andalas, Padang.

Di pasaran Indonesia, semua buku perubatan diterjemah daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Indonesia. Sehingga buku anatomi pun dialih bahasa ke Bahasa Indonesia. Menjadi kesukaran pula mencari buku teks perubatan di dalam Bahasa Inggeris.

Pada pandangan saya ketika itu, siapakah yang menterjemah buku-buku ini? Adakah seorang doktor juga yang menjadi penterjemah atau penterjemah bebas yang tiada kelulusan kedoktoran. Ini kerana kualiti pernterjemahan juga agak baik.

Bukan sahaja buku kedoktoran, buku-buku akademik, novel hangat, komik.. bahkan apa sahaja bahan bacaan.

Industri terjemahan Indonesia pada hemat saya amat memberansangkan. Ini adalah kerana bahasa ibunda mereka digunakan sebagai bahasa harian, bahasa Ilmu dan bahasa pengantar di Universiti-universiti. Saya sendiri menghadapi masalah bercakap Bahasa Inggeris di kuliah perubatan mereka kerana English ala Minang (Andalas, Padang) mereka sudah terlalu “rosak” untuk dicerna.

Sedangkan bahasa Indonesia itu hampir sahaja bunyinya atau lenggoknya di dalam Bahasa Malaysia, kenapa tidak dijadikan model bagaimana Negara di sana mempraktikkan budaya bahasa mereka sebagai bahasa ilmu.

Malah Institut Penterjemahan Negara patut belajar bagaimana Indonesia mampu melakukan penterjemahan yang begitu meluas dan efektif? Paling tidak mencari yang positif tentangnya…

Mungkin Puan Ainon dan PTS ingin mencuba?  Luas betul lautan biru di sana…

Jemput Puan Ainon ke blog saya untuk bertukar2 maklumat.
Dr Azwan
http://www.drazwan.blogspot.com

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: