Pegawai 20%
Semasa Pesta Buku 2009 yang baru lalu, macam-macam peristiwa dan cerita berlaku.
Seorang kontraktor buku singgah di booth PTS. Kebetulan saya berada di situ, maka saya pun ajak beliau berehat sambil minum kopi di Riverside Cafe. Saya memang menjaga hubungan baik dengan kontraktor-kontraktor buku supaya mereka rajin mem-promote buku-buku PTS kepada kementerian dan jabatan kerajaan yang mempunyai dana pembelian buku.
Sambil minum kopi, kontraktor itu meluahkan perasaan sakit hatinya terhadap pegawai kerajaan yang 'main persen-persen'. Katanya, beliau baru terserempak dengan seorang pegawai kementerian yang berkata dia boleh rekomen supaya syarikatnya mendapat tender RM1.5 juta, tetapi dengan syarat dia diberi 20%. Yang membuat kontraktor itu makin sakit hati adalah kerana pegawai itu seorang perempuan.
Saya bertanya kepada kontraktor itu, bukankah 20% itu tidak masuk akal. Sedangkan PTS cuma memberi diskaun 35% kepada kontraktor. Bukan itu sahaja, harga jualan buku-buku PTS dicetak pada kulit buku, jadi kontraktor tidak dapat dengan sesuka hati menaikkan sebut harga buku-buku PTS.
Kontraktor itu memberitahu saya, itulah sebabnya banyak jabatan kerajaan tidak suka memilih buku-buku PTS! Katanya lagi, mana-mana jabatan yang membeli buku-buku PTS adalah jabatan yang 'bersih'.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam Pn Ainon,
Saya turut bangga PTS berjaya ‘membersihkan’ sesetengah jabatan kerajaan. Bukan mudah hendak mengubah cara orang kita bekerja.
Assalamamualaikum Puan,
Moleklah itu. Jika wanita yang baik untuk lelaki yang baik, begitu jugalah hendaknya jika syarikat yang bersih hanya untuk jabatan yang bersih.
Tetapi saya tidak bersihkah kerana menjadi Ketua Cawangan? Jika benar saya tidak bersih, perlulah saya membersihkan diri saya dengan cara keluar dari tempat yang tidak bersih.
Rasuah di mana-mana..dari bawah sampai ke atas meja, orang sudah tidak segan-segan lagi. Apa bala yang menunggu, sanggupkah kita agaknya menahan! Aduh..apalah nasib umat!
Puan,
Cerita ini sudah jadi biasa malah sudah basi bertapai, dan teknik mendapatkan kontrak sebegitu sudah menjadi budaya dalam bisnes yang berurusan dengan jabatan kerajaan.
Malah, saya pernah ditanyakan `berapa persen` oleh seorang guru besar yang berketayap pula.
Sah, bab persen bukan hanya diminta oleh pembeli kapal selam sahaja tapi turut sampai ke kawasan putih di mana anak-anak sepatutnya dipimpin manusia yang bersih.
Bolehkah sekolah melahirkan manusia yang bersih jikalau pengemudinya bergelumang dengan budaya yang mirip dengan komisyen pembelian kapal selam itu?
Wassalam
Post a comment