Pegawai PPK Dipanggil Satu Satu
Ini pula gosip terbaru berkenaan projek perbekalan gajet dan robot kereta lumba F1.
Menurut yang empunya cerita, minggu lalu pegawai-pegawai Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) yang ada kaitan dengan projek F1 itu telah dipanggil masuk ke dalam bilik orang atasan, lepas seorang, seorang.
Dikatakan, pegawai-pegawai PPK itu ditekan dan diarahkan supaya mereka semua menyokong penggunaan gajet dan robot F1 itu, dan bahawa kementerian pelajaran patut membelinya.
Nota: Sokongan daripada pegawai-pegawai PPK adalah syarat yang diperlukan dalam prosedur pembelian di kementerian.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Apa sudah jadi dengan ketelusan dan keikhlasan para politikus Melayu di KPM?
Saya percaya kesemua pegawai tersebut akan menyatakan sokongan kepada program F1 - siapa antara mereka yang berani menentang? Sudah budaya. Ini projek menteri. Semoga BA/BR dapat memberi tekanan kepada KPM supaya lebih professional dan jujur menjalankan amanah rakyat.
Peruntukan berbilion yang dihabiskan ini dapatkah ia menghasilkan pelajar cemerlang dan terbilang satu hari nanti? Mungkin, tetapi janganlah jadi seperti program BI dalam Math & Science. KPM akan menggunakan data palsu dan Lembaga Peperiksaan pula asyik terpaksa mengalihkan tiang goal (grade penilaian lebih rendah) untuk menegakkan benang basah. Setiap laporan yang menongkah arus akan disapu bawah karpet.
Takkan DS Hisham tidak faham lagi signal yang diberi semasa PRU12?
Politik ni kotor. Cucuk sana cucuk sini. Aku dengar cerita orang Khairy tengah teropong KPM. Betulke?
Aku dengar dulu teropong pejabat menteri besar Selangor. Tapi PRU12 taktik makan tuan, Selangor jatuh tangan pembangkang. Hancurlah fantasi budak tu nak jadi MB Selangor. So sekarang aim KPM plak aaa. Ada le tu “kuda” Khairy yang tengah cucuk ni. kekekeke. Aku rasa kena beli pop corn ni. Best gak tengok drama politik dalam website ni.
Nota kepada Sifu: Apa khabar “kuda” Khairy?
Asslkm, isu nie langsung x betul. Kalau nak siarkan biarlah dari sumber yang betul. Saya hairan siapalah yang jadi spy Sifu ye kat KPM tu. Jangan bangkitkan cerita2 yang belum tentu sahih, tak elok sehingga menimbulkan syak yang buruk.
Post a comment