Pekedai Buku Menipu Harga Jualan Buku PTS
Seorang rakan-FaceBook yang menggunakan nama Iva Yunus (foto) menulis komen pada posting saya:
"Selalunya, pekedai letak harga baru tutup atas harga PTS itu. Setelah beli, buka pelekat harga baru tahu harga sebenar."
Perkara sebagaimana yang ditulis oleh Iva Yunus itu lazimnya dilakukan oleh kedai-kedai buku indie.
Semasa PTS mula-mula menerbitkan buku, kedai-kedai indie, terutamanya milik Mamak, tidak mahu menjual buku-buku PTS kerana PTS mencetak harga buku pada kulit buku. Dengan hal yang demikian, kedai-kedai itu tidak dapat sesuka hati menaikkan harga jualan buku-buku PTS.
Memang, dari satu sudut, kita rugi apabila ada kedai yang tidak mahu menjual buku-buku kita. Tetapi pada jangka masa panjang, bersikap telus dalam perniagaan dapat menaikkan nama baik dan integriti, dan dua unsur itu sangat penting peranannya dalam kejayaan bisnes.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Itu Yuna.
Post a comment