Monday, February 06, 2006

Pekomik: Ibarat Permata, Tiada Berpengikat dan Tiada Berjari

Bakat menghasilkan stroke evergreen sahaja tidak dapat menghasilkan karya bertaraf harta intelek yang evergreen, yang dapat diulang cetak tahun demi tahun, bertahun-tahun.Stroke yang elok memerlukan cerita yang indah, cerita yang bertaraf evergreen, barulah paduan stroke yang cantik dengan kisah yang indah dapat menghasilkan harta karun.

Tetapi itu pun belum menjamin lahirnya harta karun. Satu lagi faktor penting adalah storibod yang baik.

Sebagai penerbit, kita berdepan dengan persoalan: Di mana hendak dicari cerita-cerita yang berpotensi menjadi harta karun apabila dikomikkan?

Kita ada pekomik-pekomik berbakat, kita sudah melatih penulis-penulis storibod, mana dia STORI-nya?

Inilah soalan cepumas kita!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Komik & Ilustrasi
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Membaca Shout-box Blog Pekomik Melayu Previous entry: Unsur Kebetulan dalam Surah Yusuf
Oraet.com  on  02/06  at  09:46 AM

aduhai salihaaaaaaaaa.. smile
kena pukoi lagikkk..
usaha..usaha..
——-

Puteri Daluwarsa  on  02/06  at  10:24 AM

penulis bukan tiada, ada. Penulis bukan tiada idea, ada. Penulis kena mengadakan masa, hendak seribu daya, makanya ada. Aduh sifu, terpukul lagi. Macam kelas tempoh hari, pedasnya cili. smile

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/12  at  01:31 AM

Penulis ada ramai… soalan yang sepatutnya.. berapa penerbit mampu bayar untuk satu karya yang baik? Yang kena kapur ramai lah.. sebab itu Sasterawan Negara A. Samad Said pun fed up bila royalti tidak di bayar.

RESPONS PUAN AINON: Saya tidak dapat bercakap bagi pihak SN Dato’ A. Samad Said. Bagi PTS, kita tidak pernah ‘bayar’ sebab adalah menjadi dasar perniagaan PTS tidak membeli harta intelek para penulis yang menerbitkan karya mereka dengan PTS.

Nurman  on  04/15  at  05:04 PM

Projek Komik Malaysia pun belum betul-betul hidup lagi. Cerita-cerita yang kononnya diterima untuk publikasi belum keluar. Jadi macam mana hendak tahu prestasi penulis komik?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.