Pekomik Reja Masuk Top 55
Pekomik Reja adalah satu-satunya pekomik yang termasuk dalam senarai 50 orang karyawan PTS penerima jumlah royalti tertinggi bagi jualan tahun 2009.
Kejayaan beliau itu banyak disumbangkan oleh royalti daripada jualan siri Young Aishah di mana beliau menjadi ilustrator siri itu. Siri itu ditulis oleh Puan Saridah Hamid. Mereka berdua berkongsi royalti. Puan Saridah berada pada nombor 17 manakala Tn. Reja pada nombor 37. (Puan Saridah mempunyai banyak judul lain, selain siri Young Aishah.)
Para pekomik dapat mengambil contoh daripada kejayaan Pekomik Reja, di mana dengan menjadi ilustrator kepada siri yang berpotensi laku keras dalam pasaran, para pekonik dapat menikmati royalti yang tinggi.
Sewaktu Tn. Reja mengambil keputusan sanggup menjadi ilustrator siri Young Aishah, beliau tidak tahu apa nasib siri itu dalam pasaran. Tidak ada jaminan siri itu akan laku keras.
Nota: Siri Young Aishah sudah dilesenkan kepada PT Gramedia (Indonesia) dan diterbitkan sebagai edisi Bahasa Indonesia.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006


Post a comment