Friday, September 07, 2007

Pelabur Baru dalam Industri Buku Melayu

Cerita industri buku yang sedang mengalami perkembangan pesat saat ini sudah menjadi pengetahuan ramai.

Sebagai contoh jualan ALAF21 pada tahun 2005 adalah RM18 juta, manakala pada 2006 jumlah jualannya RM15 juta.

PTS sendiri purata berkembang 60% setiap tahun semenjak ia ditubuhkan 7 tahun yang lalu! Data ini amat menggiurkan!

Justeru banyak juga individu-individu yang mempunyai wang tertarik menceburi industri ini dengan harapan mereka dapat membuat duit dengan banyak dan cepat.

Sektor buku yang paling banyak menarik pelabur-pelabur baru adalah novel-novel cinta. Gosip yang kita dengar, sekitar 70 peratus pelabur baru dalam sektor ini adalah pemodal Cina dan Mamak, di mana mereka membiayai penerbit Melayu baru muncul dengan mengeluarkan modal mencetak novel-novel yang diterbitkan.

Disebabkan sekarang ini banyak pemodal sanggup melabur dalam industri buku, maka banyaklah penulis-penulis Melayu yang menubuhkan syarikat penerbitan sendiri dengan cara menerima duit pelabur Cina dan Mamak bagi mencetak novel-novel yang mereka terbitkan.

Sejauh manakah penerbit-penerbit baru itu akan dapat bertahan dan berkembang?

Kumpulan RYTHM, sebuah korporat anggota BSKL, telah menceburi industri novel cinta tetapi ia terpaksa menutup bisnes novel cintanya selepas 3 tahun bermain dalam sektor ini.

Gosip mengatakan gergasi itu gagal bersaing dengan ALAF21 dan CREATIVE, lalu ia tidak tahan menanggung kerugian akibat jualan novel-novel cintanya yang tidak menguntungkan.

Akibatnya, berpuluh-puluh penulis menanggung kerugian disebabkan mereka tidak menerima royalti bagi karya mereka yang sudah terjual.

Jika gergasi yang bernama RYTHM pun payah hendak survive, bagaimanakah pula masa depan penerbit-penerbit Melayu yang dibiayai oleh pelabur Cina dan Mamak?

Faktor-faktor kejayaan dalam bisnes penerbitan adalah banyak dan pelbagai. Modal wang hanyalah salah satu sahaja daripada faktor-faktor itu.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Gosip industri
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Penulis Buku Agama Berupaya Menerima Royalti Lebih Mewah daripada Penulis Novel Cinta Previous entry: Khutbah Jumaat: Penulis-PTS-METADOME dan Fenomena 3-G
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/07  at  10:50 AM

Assalamualaikum,

Perkembangan industri buku yang membabitkan peningkatan jualan, peningkatan judul yang dikeluarkan dan bertambahanya bilangan penerbit pasti akan memberikan kesan positif kepada masyarakat negara ini.

Situasi itu pasti memberi manfaat kepada banyak pihak termasuk peniaga dan pemilik kedai buku, penerbit, penulis apatah lagi kepada pembaca kita yang pernah dikatakan hanya membaca kurang daripada dua muka surat buku setahun.

Cuma kita berharap pembaca kita terutama remaja, tidak sekadar tertumpu kepada novel cinta tetapi turut meluas ke kategori lain yang boleh menajam minda selaras dengan hasrat suci memandaikan bangsa yang diperjuangkan penerbit PTS.

Kita juga berharap, industri buku negara akan terus subur supaya dapat memberi banyak pilihan buku bermutu kepada pembaca. Ingat, kesemua 26 juta rakyat malaysia sepatutnya merupakan pembaca dan pembeli buku.

——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/07  at  12:44 PM

Puan,

Penerbit rythn masih ada tapi diorang join dengan DBP terbit novel-novel lama seperti Melati Kota Baharu, Seorang Tua di Kaki Gunung, Empangan dll.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: