Thursday, January 05, 2012

Pelaburan Terbaru Chairman PTS dalam Sektor Media Digital

Saya sebagai Chairman PTS telah menubuhkan sebuah syarikat dengan nama PTS Production Sdn Bhd. Ini adalah pelaburan terbaru saya.

Pelaburan terbaru saya ini adalah selaras dengan rancangan jangka masa panjang menjadikan PTS pemain dalam industri media.

Aktiviti utama PTS Production adalah menghasilkan pelbagai produk digital, baik untuk pasaran dalam negara mahupun untuk dieksport.

Banyak kandungan buku-buku terbitan PTS sesuai dijadikan produk video, dan inilah tujuan PTS Production Sdn Bhd diwujudkan. Dengan demikian para penulis PTS juga berpeluang memperbanyakkan sumber pendapatan mereka.

Dalam jangka masa pendek, PTS Production memfokuskan aktivitinya pada penerbitan produk-produk bukan fiksyen, sesuai dengan dasar 'Memandaikan Bangsa'.

Nota: Foto menunjukkan Tuan Muhammad Firdaus Ariff, penerbit eksekutif PTS Production Sdn Bhd.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: TOP 200 Bulan Disember 2011 Berdasarkan Perolehan Nilai Ringgit Previous entry: TOP 200 Bulan Disember 2011 Berdasarkan Unit Terjual
Wan Nor Ainon Wan Abdullah  on  01/05  at  06:53 AM

Assalamu’alaikum.

Tahniah PTS!

Tahniah Puan Ainon!

Nampaknya salah satu harapan saya pada PTS menjadi kenyataan.

Semoga semua usaha diberkati Allah dan dipermudahkan.

Beruntungnya menjadi penulis PTS smile

Wassalam.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/05  at  10:35 AM

TAHNIAH!

Satu lagi pencapaian membanggakan. Saya pernah ternanti-nanti bila masa PTS akan terjun ke dunia baru ini. Nah! ini hasilnya.

p.s: ada kerja kosong di PTSPSB ini Tuan MFA? hehehe..

Syahrul Nizam Junaini  on  01/05  at  11:57 AM

Tahniah Puan Ainon kerana mencipta satu lagi inovasi, yang Insya-Allah akan memandaikan bangsa.

Saya dengan ini menawarkan buku Seni Bahasa Badan bagi diolah ke bentuk video. Video mampu menjelaskan secara visual huraian yang saya tulis dalam buku itu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/10  at  01:32 PM

SAYA SUKA!!!!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: