Tuesday, April 13, 2010

Pelajar Tahun 2 Sudah Dapat Membaca Siri “Penyiasat Ekstrovert” Terbitan PTS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Seorang Rakan-FaceBook yang bernama Tuan Ahmad Zahiruddin Mohd. Zabidi menulis:

Ustazah yang menjaga koperasi telah meminta saya membelikan beberapa buah buku dari PTS. Satu untuk dirinya, satu untuk anak lelakinya (darjah 2) dan 2 untuk anak gadisnya (darjah 6). Anak lelakinya itu marah dan tidak bersetuju Uminya membeli buku cerita 'Siri Penyiasatan Ekstrovet' kerana mahukan komik. Uminya hanya b...uat tidak tahu. Akhirnya si anak membaca juga buku itu. Uminya terkejut pada malam itu, anak lelakinya itu masih belum tidur dan dilihat dia sedang membaca buku tersebut. Pagi keesokannya, sejurus selepas bangun dan mandi dia dilihat terus menatap buku yang dibacanya semalam. Ketika di sekolah, sewaktu menunggu bas pulang. Uminya pelik kerana dia tidak datang ke pejabat seperti biasa, bila dicari rupanya dia sedang membaca buku tersebut dengan tekunnya. Akhirnya, buku itu dihabiskan dalam masa dua hari sahaja. Dia mendapatkan Uminya dan berkata, "Umi, adik hendak baca lagi buku macam ini, Umi beli lagi, ya?"

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Hakcipta Ilustrasi Buku Kanak-kanak dan Remaja Previous entry: Fakta Tidak Dilindungi oleh Undang-Undang Hakcipta
ummu  on  04/14  at  12:05 AM

alhamdulillah,kalau macam tu saya pun
nak belikan untuk anak2 sedara saya yang dah besar2 ni..
lebih baik baca buku macam ini kan dari komik luar

Zahiruddin Zabidi  on  04/14  at  04:30 AM

Betul puan, kami di sekolah amat menggalakkan murid-murid kami membaca buku-buku PTS hatta komik-komiknya yang syariah complient.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.