Pelajaran dari Kubang Semang
Suatu hari nanti Universiti Terbuka PTS pasti akan mempunyai kampusnya sendiri!
"Kongres Umat Islam SeMalaysia" yang baru diadakan di Kompleks Yayasan Nahdah, Kubang Semang, banyak memberi pelajaran, baik daripada kertas kerja yang dibentangkan, apatah lagi daripada tokoh Ustaz Mutalib, pendiri kompleks itu.
Kompleks itu adalah kompleks madrasah, terletak di atas bekas tanah sawah seluas 4.5 hektar yang dibeli. Dewan kuliah utamanya 2 tingkat, bernilai RM1.4 juta.
Biaya pembinaan kompleks madrasah itu yang bernilai jutaan ringgit disumbangkan oleh orang ramai yang mengikuti kuliah mingguan beliau.
Setiap minggu antara 4 hingga 5 ribu orang datang dari jauh dan dekat bagi mendengar kuliah beliau, sehingga TV-TV terpaksa dipasang di luar dewan kuliah utama bagi mereka yang tidak dapat masuk ke dewan.
Bagi mengurangkan kos membangunkan kompleksnya, Ustaz Mutalib sendiri pergi mengikuti kursus menjadi kontraktor binaan bertauliah. Itulah satu sijil formal yang beliau punyai.
Ustaz Mutalib baru berusia 32 tahun, mempunyai 2 orang anak kecil, tidak pernah masuk sekolah menengah, belajar di sebuah pondok di Kedah. Itu sahaja. Beliau tidak pernah belajar ke mana-mana, melainkan di pondok itu. Selepas selesai belajar di pondok itu, beliau terus membuka madrasah sendiri.
Bandingkan rekod pendidikan Ustaz Mutalib dan rekod pendidikan SifuPTS yang tamat sekolah menengah, masuk 3 buah universiti dalam dan luar negara, kantoi Ph.D. Jadi, apakah SifuPTS tidak malu UNIKA PTS masih belum mempunyai kompleks kampusnya sendiri?... Malunya!... (sambil tutup muka dengan tangan).
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Saya doakan agar PTS dapat mendirikan kampus sendiri diatas tanah sendiri dengan modal sendiri. Saya percaya PTS boleh!
——-
Salam,
Saya turut mendoakan agar hasrat dan cita-cita Puan Ainon serta impian kami semua, kampus PTS tersergam indah..akan tercapai, Insya Allah…
Amin…
Puan Sifu, puan-puan & tuan-tuan,
Mungkinkah Kampus Universiti Terbuka PTS akan didirikan di Janda Baik?
Suatu lokasi damai dan nyaman, dan menarik yang kaya dengan keindahan flora dan fauna, begitu sesuai untuk menjana idea-idea menulis dan menjadi sumber inspirasi kepada-kepada penulis yang tahu menilai keindahan semulajadi alam…
...(sambung)..
Kampus Induk: Janda Baik
Kampus Cawangan: Taman Permata
..( ??? )
Di mana lokasi terbaik yang dibayangkan oleh Puan Sifu agaknya? Kita tunggu.. kita sepakat berdoa, supaya impian baik itu segera tercapai dan segala rintangan dipermudahkan. Amiin..
Tuan Alang,
Janda Baik : Kampus Induk
Taman Permata : City Campus…
Assalamualaikum…
Kawasan Janda baik dan Bentong sekarang ini sedang hebat dengan buah duriannya. Hehehehe
Subhanallah… inilah sebenarnya inspirasi. Berpijak di bumi nyata, bukan penglipurlara.
Sangat kagum dengan Ustaz Mutalib.
Marilah sama-sama kita membantu PTS untuk menubuhkan Universiti sendiri. Sekurang-kurangnya dengan DOA. Bukan nilai doa itu kecil tetapi mungkin kita tidak mampu membantu dari segi lain.
Suatu masa terdekat ini, InsyaAllah! Kami amat yakin, bahkan terlalu yakin!
Universiti tanpa kampus ini pun sudah mempunyai 21,000 pelajar keluar masuk ke sini. Kalau sudah ada tapak sendiri mahu tak terkejar dibuatnya. Hahahah
Gabungan universiti maya dan jarak jauh dengan internet.
Inysa Allah
Mukaddimah Universiti PTS
Ini satu contoh praktikal seperti yang pernah saya singgung di dalam entri saya berjudul Pakatan Bijak—bagaimana teknologi maklumat membolehkan pelbagai kolaborasi yang punyai kesan terhadap ekonomi dan aktiviti sosial. Bukan satu impian yang kosong lagi. Ustaz Mutalib berjaya kerana network jemaah yang hadir dikuliahnya secara realtime. Bedanya ia agak terhad kepada yang tinggal disekitar Kubang Semang. Bayangkan network PTS yang punyai kedua dua komponen - siber dan non-siber.
Lihat bagaimana persatuan Cina bermula sehingga boleh mendirikan Dewan dewan Perhimpunan. Bagaimana gerakan koperasi boleh berjaya (dan juga lingkup). Bagaimana Tuan Yunus Bangla wujudkan mikrokredit dan banyak contoh lain jika soal wang yang menjadi masalah. Cendekiawan yang buku mereka pernah diterbitkan PTS pun ramai. Mau ke tak mau?
Quote “Bagaimana Tuan Yunus Bangla wujudkan mikrokredit dan banyak contoh lain jika soal wang yang menjadi masalah.”
Ya, saya sokong. Sebagai tanda sokongan, saya akan hasilkan lebih bantak buku!!
(Cara terakhir untuk saya berbakti kepada negara. Saya ada usaha juga cara lain, cuma pihak yg terlibat tidak layan)
Sekarang ini saya duduk dengan para pelajar seni bina. Apabila melihat mereka membuat model-model bangunan pusat komuniti, montessori dan lain-lain saya seolah-olah nampak UNIKA PTS sedang dibina pula. Insya Allah!
Sdr Zamri,
Isu bangunan adalah isu penting dalam perjuangan. Nabi Muhammad membina 2 buah bangunan. Pertama masjid Qiblatain di luar kota Madinah. Kemudian beliau membina Masjid Nabi dalam bandar Madinah. Dalam Masjid Nabi itulah beliau berkuliah kepada anak-anak muridnya. Di situlah juga munculnya centre of excellence ilmu yang digelar “ahli suffah” (suffah = sofa / kerusi). Itulah universiti tertua dalam sejarah yang masih kekal sehingga hari ini yang melahirkan ilmuwan2 Islam yang teragung selepas Nabi Muhammad.
Saya sempat berjumpa dengan Ustaz Mutalib baru-baru.Orangnya masih muda. Dia turut menghayunkan tangan bersama pekerjnya menyiapkan madrasah tersebut dan bila tiba waktu solat mereka berhenti.Sama-sama mengerjakan solat!
Pekerjanya tidak pernah mengabaikan solat.Tuan-tuan datangah sendiri dan lihat anak muda yang bersenjata sekeping sijil dan tidak pernah menjijak kaki ke universiti mampu membangunkan komplek madrasah yang cukup indah.Melalui rangkuman titik peluh,tenaga,wang ringgit dan kekuatan mental bersama umat madrasah ini megah berdiri.
Pembetulan.Saya sempat berjumpa dengan Ustaz Mutalib baru-baru ini.(Maaf berlaku sedikit kesilapan)
Post a comment