Majlis Pelancaran 100 Judul Mbook PTS-METADOME-HOTLINK
Semua penulis PTS dijemput hadir pada majlis pelancaran 100 JUDUL MBOOK PTS-METADOME yang akan dijalankan semasa Pesta Buku 2008 di PWTC (3-14 April 2008).
Undangan ini lebih-lebih lagi ditujukan kepada semua penulis yang bukunya terpilih dalam senarai 100 judul itu.
Tarikh: Sabtu 5 April 2008
Waktu: 5 - 7 petang
Tempat: Pentas Utama PWTC
Sebaik-baik pelancaran itu dilakukan, buku-buku itu terus dapat dibeli menggunakan telefon HP.
Harga setiap judul adalah RM5.00 sahaja.
Jadi, jangan lupa membawa HP tuan-tuan dan puan-puan ke majlis itu. Jadilah pembeli pertama karya tuan sendiri!
Semua nombor HP dapat digunakan bagi membeli Mbook PTS-METADOME itu nanti - 012, 013, 016, 019, 017.
Bergembiralah! Semua Mbook itu dapat dibeli juga menggunakan kad pre-paid.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam Sifu,
Diharap Metadome dapat berikan kepada para penulis kod SMS untuk download mBook. Bolehlah kami promosikan di blog, poster, persembahan Power Point hatta kad bisnes sekalipun.
Tiba-tiba, dapat idea pula. Bagaimana agaknya kalau dilakukan sistem affliate untuk promosi mBook oleh penulis sendiri?
...............
Nota Sifu: Ini cadangan bagus. Saya akan maklumkan kepada Tuan Syaizul Amal.
Assalamualaikum warahmatullah…
Yang dihormati Puan Ainon,
Saya mahu bertanya, majlis itu pada hari Sabtu 5 April ataupun Ahad 6 April.
Saya sedikit keliru..
Sekiranya pada Ahad 6 April, dapatlah saya hadir, Insya Allah..
Wasalam.
.............
Nota Sifu: Maaf, Puan Umi, yang betul hari Sabtu 5 April.
Post a comment