Wednesday, December 06, 2006

Pelbagai Kelebihan Belajar Menulis Buku-buku Cerita Moral dan Agama

Belajar menulis buku-buku cerita moral dan agama banyak kelebihannya.

Pertama, manusia memang suka membaca dan mendengar cerita, oleh itu pasaran bagi buku saudara sudah sedia ada, dan saiz pasaran itu besar pula.

Jika saudara menulis buku lain, pasarannya mungkin tidak ada, ataupun kecil saiznya.

Kedua, cerita mempunyai ciri evergreen, oleh itu hayat pasaran buku saudara amat panjang. Ini membolehkan buku saudara diulang cetak setiap tahun selama bertahun-tahun.

Buku-buku bukan fiksyen mempunyai hayat pasaran yang singkat. Ada masanya, belum sampai satu tahun, buku itu sudah out-of-date.

Ketiga, cerita yang saudara cipta itu mempunyai potensi diadaptasi ke dalam media lain, seperti filem, telenovela, komik dan animasi.

Keempat, buku cerita lebih mudah diekspot ke negara-negara lain melalui proses terjemahan dan pelesenan.

Kelima, buku-buku cerita dibeli oleh pembaca di kedai-kedai buku dan juga dibeli oleh kerajaan melalui kontrak Perpustakaan Negara Malaysia dan kontrak Kementerian Pelajaran.

Marilah belajar menulis buku cerita moral dan agama. Ia adalah harta intelek yang bernilai tinggi!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sains Penulisan
(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Cerita untuk Kanak-Kanak Perempuan Previous entry: Menunggu Laporan dari Jakarta
Faizul bin kamaruddin  on  12/06  at  03:53 PM

untuk membina istana pasir amatlah sukar.
untuk meruntuhkannya sekelip mata memandang sahaja
——-

Kang  on  12/06  at  09:45 PM

Mbakyu, apa pendapat Mbakyu jika saya menulis fiksyen berbentuk fiksyen sukses—maksudnya seperti fiksyen inspirasi. Memang teringin hendak menulisnya. Contoh klasik ialah kisah kejayaan seekor burung camar yang terbang melepasi adat, habitat dan zon selesa burung camar lain. Buku yang berjudul “Jonathan Livingstone Seagull” karya Richard Bach ini nipis saja tetapi menjadi inspirasi jutaan rakyat Taiwan bangkit dari zon selesa dan membangunkan negara mereka.
Khabarnya begitulah.

Sebelum ini saya ada menulis bentuk baru fiksyen iaitu “Fiksyen Bisnes” sesudah mendapat inspirasi (atau meniru) buku The Goal karya Eliyahu M. Goldratt yang diterbitkan pada tahun 1984. Judul “fiksyen bisnes” yang pernah terbit ialah, “Kampung Kaya” “Jutawan MLM” “Tukang Gunting Jutawan” “Rahsia Dari Damansara”.

Memang sangat berhajat menulis “Fiksyen Sukses”. Cuma tak terjawab soalan, “Bila?”

Puan Ainon Mohd.  on  12/06  at  09:56 PM

Tan Sri,

Macam Tan Sri, saya pun beli dan baca “Jonathan Livingstone Seagull” itu. (Orang-orang pandai membaca buku yang sama!) Waktu itu saya masih studen di UM. Lecturer suruh baca buku lain, saya baca buku lain.

Meskipun JLS itu novel fiksyen tetapi semua maklumat tentang sains aerodinamika dan sains penerbangan dalam buku itu adalah benar.

Nah! Itu prinsip buku fiksyen yang kita penulis2 Melayu perlu contohi. Wataknya fiksyen. Plotnya fiksyen. Tetapi ilmu bantunya saintifik!

Fable Fox  on  12/06  at  10:41 PM

Semua jibunsyi saya adalah buku cerita moral. bab agama, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.

saya ingin juga menulis buku/artikel tentang magic number (yang diresearch saintis jepun) dan fraktal. ia berkait bagaimana bumi di cipta. mungkin ayat ‘maka jadilah’ membawa maksud magic number tersebut.

tapi saya bimbang dituduh mengajar ajaran sesat, nanti kena tangkap.

* orang yang mendalami komputer grafik akan faham apa yang saya cakapkan ini.

* magic number juga ada kaitan dengan 5 jari, nisbah tubuh badan, dan juga beberapa perkara yg disebut di dalam Da Vinci Code.

* orang yg mengkaji teori evolusi (makhluk dan planet) turut faham akan perkara ini.

benda ini macam otak. bedah otak kita boleh, memahami cara ia berfungsi masih sukar.

alang kelana  on  12/07  at  12:27 AM

Puan Sifu, Tan Sri Kang,

Saya ada terbaca tentang penulis “Jonathan Livingstone Seagull” itu. Antara lain beliau menyebut beliau terpaksa menunjukkan mansukrip cerita JLS ini kepada 12- atau 13 penerbit, tetapi semua penerbit2 itu enggan menerbitkannya.

Setelah penerbit yang ke 14 baru setuju menerbitkan buku itu.

Saya yakin tentu 13 penerbit2 yang enggan menerima mansukrip menyesal apabila buku itu menjadi best seller…

alang kelana  on  12/07  at  12:28 AM

*mansukrip = manuskrip ... (salah eja, maaf)

Kang  on  12/07  at  10:41 AM

Saudara Fable, rasanya elok teruskan menulis buku yang mengandungi fakta tersebut. Ia adalah ilmu yang sangat berguna.

Untuk mengelak dari dikata ajaran sesat, setiap patah perkataan hendaklah diteliti supaya ia membawa maksud “Kehendak Allah S.W.T.”

Lagi satu—sehingga kini belum ada yang ditangkap kerana menulis buku “Unsolved Mysteries” begitu. Mungkin hanya diharamkan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: